“Adakah manusia boleh hidup tanpa cinta?”
“Sudah semestinya ya!”
“Tapi apa itu cinta?”
“Pernahkah aku bercinta?”
“Tapi dengan siapa?”
Soalan yang bertalu-talu muncul secara tiba-tiba. Adakah
itu tanda bahawa aku sedang kesunyian?
Tetapi aku seronok
menjadi wanita yang tidak mempunyai sebarang komitmen terhadap sebarang
perhubungan. Aku tidak perlu rasa terkongkong dengan kekasih, tidak perlu
menyulam jantung setiap hari akibat cemburu, dan tidak perlu menjadi operator
cinta setiap hari dengan mengungkap ayat yang sama setiap hari ; “ I love you”
, “I miss you”, “Mimpikan I ye” dan
lain-lain ayat yang boleh menggelikan telinga aku ni.
Tetapi mengapa hari ini , hati ini berasa sangat sunyi?
“Mungkin sebab aku berjumpa dengan si dia.”
Kejadian petang tadi
telah mengejut dendam lama agar kembali sedar.
FIR. Seribu kemanisan bersama-sama kepedihan ditinggalkan
oleh Fir.
Manusia bernama Shahirul Firdaus itu adalah manusia yang
pernah berjaya mengetuk pintu hati ini kemudian membuatkan hati ini terluka dan
tertutup untuk semua manusia bernama LELAKI.
Sehingga kini dan selamanya, aku tidak akan lupa
kata-katanya yang menikam hati sehingga meninggalkan parut yang tidak mungkin
terubat.
“ I couple dengan you cuma nak buat Ellisa cemburu.
You’re just my friend.”
Mengapa ayat sebegini ringkas boleh membuatkan aku
menjadi pendendam?
“Mungkin aku masih suka pada Fir.”
“Tidak.”
“hmm.. mungkin juga aku tak dapat terima Fir
mempermainkan aku.”
“Boleh diterima.”
“Mungkin Fir hanya menganggap aku kawan dan aku mengharapkan
satu perhubungan yang lebih bermakna daripada kawan?”
“Jawapan yang paling tepat.”
Sesi bermonolog berlarutan sehingga akhirnya, entah bila
mata mula melabuhkan sauhnya dan empunya diri mula memasuki alam mimpi.
..................................................................................................................................................................
“ Dee, awat kau asyik mengelamun ni? Dari semalam aku tengok kau macam orang putus
cinta je,” sergah Mila.
Aku terkejut. “Ishh..budak ni, kalau bab baca hati orang,
no. 1!” kata-kata itu hanya muncul dalam hati ,tersekat di tekak, tertutup dek
mulut.
“Aku ok je. Cuma frust tak dapat tengok movie,” jawab aku
hanya untuk menutup mulut Mila agar kes ini tamat.
“Kau ni salah makan ubat ke? Bukan semalam kita tengok
wayang Ombak Rindu ke? Kau ni nak kelentong pon, see the brain la. Aku ni kan cerah hati,
segala benda aku boleh ingat,” jawab Mila dengan panjang lebar.
“Cerah hati konon. Setiap kali time exam dulu kau asyik
lupa formula je, apa cerita? Tu namanya kaki gosip. Kalau bab gosip orang,
semua kau ingat sampai kadang-kadang mengalahkan wartawan ,” balas aku dengan
bertubi-tubi mengenakan Mila.
Perbualan kami terhenti apabila mesyuarat tergempar
bersama-sama pengarah eksekutif diberitahu kepada kami semua. Semua pengurus
dikehendaki berkumpul di bilik mesyuarat.
“Aiissshhh.. Big boss ni memang suka buat orang heart
attack la. Aku dah la tak sempat nak siapkan Annual Report of Marketing tu
lagi. Macam mana ni Mila? “ aku bertanyakan kepada Mila dengan mengharapkan
jawapan logik (walaupun aku tahu itu mustahil).
“Pe kata kau ngorat saja big boss tu? Kan senang hidup
kita semua. Hahahahaha...” jawab Mila yang paling suka mengenakan orang
walaupun umur tu dah layak dipanggil mak orang.
“Tu la. Aku pun terfikir macam tu juga.” Jawapan aku
hanya untuk mengikut rentak Mila yang tak logik itu. Kata-kata aku itu
membuatkan Mila ternganga sebelum ketawa terbahak-bahak. Aku turut ketawa
melihat telatah Mila itu.
Aku meninggalkan Mila dan menuju ke bilik mesyuarat
dengan harapan big boss hilang ingatan. Hahahaha..I wish!
Aku menolak pintu bilik mesyuarat dengan cepat dan
melihat mesyuarat masih belum bermula. Tetapi aku berasa hairan apabila semua
melihat aku kemudian berdiri.
“Aikk..aku ni mimpi ke? Ke aku yang hilang ingatan? Aku
dah jadi big boss’s wife ke sampai semua hormat aku sampai berdiri? Big boss
pun siap senyum-senyum melihat aku,” aku mula bermonolog dalam hati.
“Ehem ehem,” suara aneh kedengaran dari belakang aku.
Aku menoleh. Aku
terkejut melihat raut wajah yang amat kukenali.
“Inilah big boss yang baru bagi menggantikan saya.
Perkenalkan Shahirul Firdaus Dato’ Ismail, anak saudara saya,” pengesahan big
boss menyebabkan aku tergamam seketika.
Rupa-rupanya mesyuarat tergempar itu adalah untuk
perkenalkan big boss baru. Semua staf mengucapkan tahniah kepada new big boss
(NBB). Aku masih kekal di tempatku tanpa
menunjukkan tanda-tanda untuk menghadap NBB baru. Akhirnya mesyuarat tamat dan
aku terus kembali ke bilikku.
..................................................................................................................................................................
Aku tidak terus pulang selepas kerja. Kenangan lama makin
kuat mencengkam hati ini. Mengapa mesti ada persilangan dalam perjalanan hidup
kami? Aku telah menukar aliran sains kepada aliran sastera semata-mata ingin
mengelakkan pertembungan dalam apa jua bentuk perhubungan sekalipun. Aku mula
memikirkan kewajaran dia menjadi NBB! Bagaimana budak sekolah sains boleh
menjadi seorang eksekutif dalam perniagaan? “Ok, pasal aliran sains tu adalah
semasa tingkatan lima. Mungkin selepas itu dia tukar aliran,” telahanku itu
hanya menambah kusut fikranku. Aku menapak pulang ke rumah.
..................................................................................................................................................................
“Dee, kau tak bosan ke asyik masam muka mengalahkan limau
penyek ni? Aku dah bosan tengok kau macam ni. Cuba senyum macam aku. Baru la
awet muda namanya.” Teguran Mila itu menambah bebanan di fikran aku. Aku
menatap komputer dan memikirkan kewajaran tindakanku ini. Akhirnya, aku menaip
surat bagi mengakhirkan persilangan kisah kami ini. Aku menghantar surat itu
kepada pengurus besar iaitu Encik Ruzaimey ( atau nama panasnya, En. Aiai).
“Mengapa tiba-tiba hantar surat berhenti ni? Awak ada
terasa hati dengan siapa? Meh sini saya ketuk dia,” kata-kata En. Aiai itu
hanyalah untuk menyedapkan hati aku sahaja.
“Saya terpaksa pulang ke kampung untuk jaga mak saya.
Lagipun saya dah nak kahwin dan suami saya tak benarkan saya bekerja,”
kelentong aku dengan harapan dia percaya.
“Kahwin? Tiba-tiba je awak nak kahwin. Hmm.. melepas la
saya macam ni nampaknya. By the way, congratulation for your wedding. May I
know who is the luckiest guy ever that
stole you from me? “
Gurau En. Aiai.
“He is Mr. Bulan.” Secara spontan gelaran itu keluar ibarat benar segala penipuan aku
tadi. Biarlah, yang penting sekali aku ingin keluar dan menjauhkan diri dari
NBB.
..................................................................................................................................................................
Apabila aku sampai di mejaku, Milaa menyergahku dengan
soalan bertubi-tubi,
“ Kau tahu siapa yang aku jumpa tadi? Aku jumpa Fir
merangkap big boss baru di sini. Dia tanya aku kau kat mana? Aku jawab kat
bilik pengurus besar. Dia terus menuju ke sana. Kau masih contact dengan dia
ke? “
“Mila, aku dah tahu dia tu big boss baru. Semalam kami
semua diberitahu dalam mesyuarat. Soalan kau tadi sama ada aku masih contact
dengan dia atau tak? Jawapannya TAK dan TAK AKAN. Lagi satu, aku dah hantar
surat berhenti kerja dan minggu depan aku akan balik kampung.”
Jawapanku itu membuatkan Mila terkejut.
“Dee, kau dah fikir habis-habis ke? Aku tahu betapa susah
kau nak sampai ke tahap ni. Tiba-tiba kau nak berhenti. Mesti ada kaitan dengan
Fir. Kau masih tak boleh lupakan dia ke?,” soalan Mila itu ibarat tamparan
kepadaku.
“Fir? Siapa dia? Aku mungkin kenal dia dahulu tapi aku
sudah lupakan dia,” tegas ku membuatkan Mila berfikir.
“Kau nak buat apa balik ke Ipoh? Kau selalu cakap pada
aku, kerjaya itu penting ibarat pelindung kepada wanita. Sekarang ni kau pulak
nak jadi penganggur. Siapa nak tanggung kau? Kau nak kerja apa di sana? Ke kau
nak tunggu pinangan je?” soal Mila.
“Betul. Aku dah cakap kepada mak aku untuk terima saja
siapa yang masuk meminang aku lepas ni.
Mungkin hati ni dah sampai seru nak kahwin agaknya,” balas
aku bagi menutup kerisauan Mila itu.
..............................................................................................................................................................
Emak menelefon aku malam itu bagi memberitahu bahawa dia telah
menerima pinangan untukku. Aku tergamam. Tak sangka secepat ini lamaran datang
menjenguk hati ini. “Laku juga aku ni ye,” aku berkata sendirian sambil
tersenyum-senyum. Tetapi hati ini gundah gulana memikirkan bakal tunangan aku
itu. Akhirnya perkahwinan kami telah ditetapkan oleh pihak keluarga kami. Tiada
majlis bertunang. Hanya terus bernikah. Aku tidak kisah tentang itu. Aku cuma
geram lerana tidak mengetahui nama bakal suamiku itu. Aku cuma mengenalinya
sebagai Erul. Lagipun aku tidak ambil pusing untuk berjumpa dengannya walaupun
disuruh berkali-kali oleh emakku. Biarlah kami bertemu setelah bernikah.
Tetapi aku berfikir sejenak. Mengapa aku dengan mudahnya
menerima lamaran ini? Aku tidak mengenalinya mahupun berjumpa dengannya? Adakah
aku berkahwin hanya untuk melupakan DIA,manusia kejam yang menyemai dendam
dalam hati ini? Tidak! Bukan itu tujuan ku.
Aku hanya ingin mengecapi kebahagianku tanpa bersilang
dengan kisahnya. Aku hanya ingin buktikan ‘I am someone’s everything although I
am nothing to you’. Aku tekad dalam hati untuk meneruskan perkahwinan ini.
..................................................................................................................................................................
Hari yang dijanjikan hampir tiba. Tetapi hati ini masih tidak mahu
mengikut kata otak. Alangkah mudahnya jika hati dan otak mengutarakan hasrat
yang seirama dan serentak. Tidak perlu aku berasa penat untuk memaksa hati yang
keras ini.
Aku berasa sangat letih. Sangat-sangat letih sehingga
tidak mampu membuka mata.............
Aku membuka mata dan melihat suasana yang aneh
keputih-putihan di sekelilingku. Aku mendengar suara emak memanggil doktor.
“Cik Diana, awak sudah sedar akhirnya. Awak mengalami
keletihan sehingga menyebabkan awak pengsan. Saya telah bagi drip air untuk
beri tenaga. Awak mesti banyak rehat dan tidak mengalami sebarang tekanan bagi
mengelakkan kejadian ini berulang,” penjelasan doktor yang agak ringkas tapi
terkesan di hati aku ini kerana aku memang mengalami tekanan hati yang sangat
menyeksa diriku.
“Diana, tadi bakal suami kamu datang. Dia pergi solat di
surau kejap. Nanti dia datang la tu.”
Aku terkejut mendengar kata-kata mak itu. BAKAL SUAMI?
Apa dia buat di sini? Kenapa dia datang? Siapa dia?
Sebelum sempat aku bertanya semua itu kepada emak,
kedengaran suara orang memberi semalam dan masuk ke wad ku ini.
“Assalamualaikum,” suara itu amat kukenali .
Tidak! Mengapa dia mesti kembali di saat aku terseksa
dengan perasaan ku ini?
“Buat apa kau datang ke sini? Kita dah tak ada apa-apa.
Tak perlu kau kisah apa yang jadi kat aku! “
Serangan bertubi-tubi itu membuatkan emak terkejut
melihat kami.
“Diana, kenapa cakap kasar macam itu dengan bakal suami
kamu? Itulah Erul,bakal suami kamu,” terang mak.
“Mak, Diana tak nak kahwin dengan dia ni. Hey, jantan
!Kau dengar tak apa yang aku cakap? Aku nak kau batalkan perkahwinan ini. Sudah
cukup kau permainkan aku dulu, kini kau nak seksa aku dengan penipuan besar
ini. Kau hipokrit! Kau kata cinta aku tapi hati kau ada pada orang lain! Aku
benci kau! Aku takkan terima kau ataupun laki lain” ibarat machine gun, aku
melontar segala hasrat hati yang telah lama terbuku di lubuk hati ini.
Dia meminta emak meninggalkan kami untuk berbicara
sebentar.
Aku memandang dia dengan pandangan sangat menyampah.
Hipokrit profesional betul dia ni. Aku
takkan pernah tertipu buat kali kedua. Tapi mengapa aku nampak sinar berharap
dalam matanya? Aaaaahhh! Tu semua lakonan untuk permainkan aku. Aku duduk keras
sambil menyilang tangan dan bersedia untuk membidas segala hujahan manisnya
“Saya ingin mengahwini awak kerana Allah. Saya sedar akan
kesilapan lalu. Saya tertipu dengan ego saya sendiri. Saya bukan sahaja
mengecewakan awak, malah saya telah menipu kata hati sendiri. Saya tak mahu kehilangan
awak buat kali kedua. Walaupun awak lari dari saya, saya akan terus kejar awak
kerana itulah hukuman untuk saya setelah mengecewakan awak,” kata-katanya
membuatkan hati aku ini cair sedikit tapi masih enggan tunduk kepada
perkahwinan ini.
Fir masih berusaha meyakinkan aku untuk mempercayainya.
Mampukah aku atau lagi tepat sekali,
beranikah aku untuk mempertaruhkan kembali hati yang nipis ini untuk mengecapi
kebahagian yang kedengaran mustahil?
“Nur Diana Iman, kahwini saya agar saya dapat berikan
kebahagiaan yang awak ingini? Tolong cakap ya sebab telinga saya ni tak mampu
menerima perkataan lain,” itulah kata-kata Fir yang membuatkan kotak hatiku ini
terbuka setelah MR. BULAN berjaya mencari kunci ajaibnya. Tetapi tak kan
semudah itu untuk bersetuju? Semestinya tidak. Akan aku buli MR. BULAN ku ini
sepanjang hidupnya sebagai pasangan hidup seperti ROMEO dan JULIET (kisah cinta
lama) dan BENZ ALIF dan ADDIN SYAH (Hlovate berjaya mewujudkan kisah cinta
baru).
Akhirnya betul juga kata Mila yang menyuruh aku berkahwin
dengan big boss, tetapi bukan big boss lama tapi big boss yang baru.
AUTHOR
HIDAYAH IMAN.
I wouldn't allow any plagiarism or copy-paste or share without my permission. Cerpen ini tidak ada kene-mengena dengan sesiapa sama ada hidup atau mati.