My photo
Jom Clorox-kan Minda dan Jiwa.

Sunday 17 February 2013

Selamat Tinggal, cita-cita!

Assalamualaikum semua.
Hari ini tak seperti hari biasa.
Saya kini bukan saya yang dulu.
Keadaan memaksa saya meninggalkan cita-cita saya.
Siapa yang tidak kecewa?
Sebelum ini, cita-cita menjadi kekuatan saya, tapi kini, cita-cita turut meninggalkan saya keseorangan.
Hati ni dah terlalu kecewa untuk cuba bangkit kembali.
KEKUATAN, KEYAKINAN DIRI, KEBERANIAN, KETABAHAN,
semua telah berada di tahap KOSONG!
Niat saya menulis ini bukan memohon simpati tapi pengertian.
Di kala melihat kawan-kawan meneruskan perjuangan dalam mengejar segulung ijazah, saya terkandas tanpa sebarang pilihan yang mampu saya ambil.
Hati ini ibarat diragut-ragut tapi masih tidak mampu meluahkan apa yang terbuku di hati.
Banyak hati terpaksa dijaga walaupun kita sedih, kerana mereka sentiasa bersama kita. Itulah KELUARGA.
Walaupun mereka melihat saya bersedih, tapi mereka cuba bertahan di sisi saya.
Sekarang ini, cita-cita bukan lagi keutamaanku.
SELAMAT TINGGAL, cita-cita.

p/s : Keputusan yang terlalu berat. Memang keputusan ini nampak macam keputusan yang paling BODOH, tapi ini adalah yang terbaik buat masa ini.