My photo
Jom Clorox-kan Minda dan Jiwa.

Thursday 14 March 2013

Jom Layan Lagu!

Assalamualaikum semua! morning, afternoon, evening peeps!
Hari ni rasa macam nak share something yang saya suka.
APA YE ? AGAK-AGAK KORANG LA KAN?
sebenarnya nak kongsi something tentang lagu-lagu yang saya suka.
Saya bukanlah pengikut muzik yang tetap.
Bukanlah jenis yang minat ROCK, BALADA, HIP HOP or anything.
I will listen to what I love to hear.
If I can relate to the lyrics, I will fall in love with that song.

1. Banmal Song! (memang dh post lagu ni untuk entry sebelum ni, tapi still nak letak dlm entry kali ni juga! )

2. Mungkin Nanti ( ok! memang aku jenis suka dengar lagu ikut mood!)

3. Istikharah Cinta ( mula-mula dengar lagu ni masa bukak blog seorang bakal doktor! korang boleh baca blog dia http://khadhari.blogspot.com/ ! rasa mcm baca novel je bila baca kisah cinta dia dgn kekasih hati )

4. Because you loved me ( rasa macam mendayu je bila dengar lagu ni)


5.  Can I Love You? by Yurisangja (korang boleh google je utk cari english subs for this song)

mula minat lagu ni masa dengar lagu ni dimainkan dalam satu rancangan korean's variety show.



setakat ini la entry kali ini. korang layanlah lagu ni ye ! Saya suka layan lagu yang boleh relate dengan keadaan semasa..

caucincau semua! 

Sunday 10 March 2013

CERPEN : HIPOKRIT TERSOHOR


“Adakah manusia boleh hidup tanpa cinta?”
“Sudah semestinya ya!”
“Tapi apa itu cinta?”
“Pernahkah aku bercinta?”
“Tapi dengan siapa?”

Soalan yang bertalu-talu muncul secara tiba-tiba. Adakah itu tanda bahawa aku sedang kesunyian?
 Tetapi aku seronok menjadi wanita yang tidak mempunyai sebarang komitmen terhadap sebarang perhubungan. Aku tidak perlu rasa terkongkong dengan kekasih, tidak perlu menyulam jantung setiap hari akibat cemburu, dan tidak perlu menjadi operator cinta setiap hari dengan mengungkap ayat yang sama setiap hari ; “ I love you” , “I miss you”,  “Mimpikan I ye” dan lain-lain ayat yang boleh menggelikan telinga aku ni.

Tetapi mengapa hari ini , hati ini berasa sangat sunyi?
“Mungkin sebab aku berjumpa dengan si dia.”
Kejadian petang tadi  telah mengejut dendam lama agar kembali sedar.
FIR. Seribu kemanisan bersama-sama kepedihan ditinggalkan oleh Fir.

Manusia bernama Shahirul Firdaus itu adalah manusia yang pernah berjaya mengetuk pintu hati ini kemudian membuatkan hati ini terluka dan tertutup untuk semua manusia bernama LELAKI.

Sehingga kini dan selamanya, aku tidak akan lupa kata-katanya yang menikam hati sehingga meninggalkan parut yang tidak mungkin terubat.
“ I couple dengan you cuma nak buat Ellisa cemburu. You’re just my friend.”
Mengapa ayat sebegini ringkas boleh membuatkan aku menjadi pendendam?

“Mungkin aku masih suka pada Fir.”
“Tidak.”
“hmm.. mungkin juga aku tak dapat terima Fir mempermainkan aku.”
“Boleh diterima.”
“Mungkin Fir hanya menganggap aku kawan dan aku mengharapkan satu perhubungan yang lebih bermakna daripada kawan?”
“Jawapan yang paling tepat.”
Sesi bermonolog berlarutan sehingga akhirnya, entah bila mata mula melabuhkan sauhnya dan empunya diri mula memasuki alam mimpi.

..................................................................................................................................................................

“ Dee, awat kau asyik mengelamun ni?  Dari semalam aku tengok kau macam orang putus cinta je,” sergah Mila.
Aku terkejut. “Ishh..budak ni, kalau bab baca hati orang, no. 1!” kata-kata itu hanya muncul dalam hati ,tersekat di tekak, tertutup dek mulut.

“Aku ok je. Cuma frust tak dapat tengok movie,” jawab aku hanya untuk menutup mulut Mila agar kes ini tamat.

“Kau ni salah makan ubat ke? Bukan semalam kita tengok wayang Ombak Rindu ke? Kau ni nak kelentong pon,  see the brain la. Aku ni kan cerah hati, segala benda aku boleh ingat,” jawab Mila dengan panjang lebar.

“Cerah hati konon. Setiap kali time exam dulu kau asyik lupa formula je, apa cerita? Tu namanya kaki gosip. Kalau bab gosip orang, semua kau ingat sampai kadang-kadang mengalahkan wartawan ,” balas aku dengan bertubi-tubi mengenakan Mila.

Perbualan kami terhenti apabila mesyuarat tergempar bersama-sama pengarah eksekutif diberitahu kepada kami semua. Semua pengurus dikehendaki berkumpul di bilik mesyuarat.

“Aiissshhh.. Big boss ni memang suka buat orang heart attack la. Aku dah la tak sempat nak siapkan Annual Report of Marketing tu lagi. Macam mana ni Mila? “ aku bertanyakan kepada Mila dengan mengharapkan jawapan logik (walaupun aku tahu itu mustahil).

“Pe kata kau ngorat saja big boss tu? Kan senang hidup kita semua. Hahahahaha...” jawab Mila yang paling suka mengenakan orang walaupun umur tu dah layak dipanggil mak orang.

“Tu la. Aku pun terfikir macam tu juga.” Jawapan aku hanya untuk mengikut rentak Mila yang tak logik itu. Kata-kata aku itu membuatkan Mila ternganga sebelum ketawa terbahak-bahak. Aku turut ketawa melihat telatah Mila itu.

Aku meninggalkan Mila dan menuju ke bilik mesyuarat dengan harapan big boss hilang ingatan. Hahahaha..I wish!

Aku menolak pintu bilik mesyuarat dengan cepat dan melihat mesyuarat masih belum bermula. Tetapi aku berasa hairan apabila semua melihat aku kemudian berdiri.
“Aikk..aku ni mimpi ke? Ke aku yang hilang ingatan? Aku dah jadi big boss’s wife ke sampai semua hormat aku sampai berdiri? Big boss pun siap senyum-senyum melihat aku,” aku mula bermonolog dalam hati.

“Ehem ehem,” suara aneh kedengaran dari belakang aku.

Aku menoleh.  Aku terkejut melihat raut wajah yang amat kukenali.

“Inilah big boss yang baru bagi menggantikan saya. Perkenalkan Shahirul Firdaus Dato’ Ismail, anak saudara saya,” pengesahan big boss menyebabkan aku tergamam seketika.

Rupa-rupanya mesyuarat tergempar itu adalah untuk perkenalkan big boss baru. Semua staf mengucapkan tahniah kepada new big boss (NBB).  Aku masih kekal di tempatku tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk menghadap NBB baru. Akhirnya mesyuarat tamat dan aku terus kembali ke bilikku.

..................................................................................................................................................................

Aku tidak terus pulang selepas kerja. Kenangan lama makin kuat mencengkam hati ini. Mengapa mesti ada persilangan dalam perjalanan hidup kami? Aku telah menukar aliran sains kepada aliran sastera semata-mata ingin mengelakkan pertembungan dalam apa jua bentuk perhubungan sekalipun. Aku mula memikirkan kewajaran dia menjadi NBB! Bagaimana budak sekolah sains boleh menjadi seorang eksekutif dalam perniagaan? “Ok, pasal aliran sains tu adalah semasa tingkatan lima. Mungkin selepas itu dia tukar aliran,” telahanku itu hanya menambah kusut fikranku. Aku menapak pulang ke rumah.

..................................................................................................................................................................

“Dee, kau tak bosan ke asyik masam muka mengalahkan limau penyek ni? Aku dah bosan tengok kau macam ni. Cuba senyum macam aku. Baru la awet muda namanya.” Teguran Mila itu menambah bebanan di fikran aku. Aku menatap komputer dan memikirkan kewajaran tindakanku ini. Akhirnya, aku menaip surat bagi mengakhirkan persilangan kisah kami ini. Aku menghantar surat itu kepada pengurus besar iaitu Encik Ruzaimey ( atau nama panasnya, En. Aiai).

“Mengapa tiba-tiba hantar surat berhenti ni? Awak ada terasa hati dengan siapa? Meh sini saya ketuk dia,” kata-kata En. Aiai itu hanyalah untuk menyedapkan hati aku sahaja.

“Saya terpaksa pulang ke kampung untuk jaga mak saya. Lagipun saya dah nak kahwin dan suami saya tak benarkan saya bekerja,” kelentong aku dengan harapan dia percaya.

“Kahwin? Tiba-tiba je awak nak kahwin. Hmm.. melepas la saya macam ni nampaknya. By the way, congratulation for your wedding. May I know who is the luckiest guy ever  that stole you from me? “
Gurau En. Aiai.

“He is Mr. Bulan.” Secara spontan gelaran  itu keluar ibarat benar segala penipuan aku tadi. Biarlah, yang penting sekali aku ingin keluar dan menjauhkan diri dari NBB.
..................................................................................................................................................................

Apabila aku sampai di mejaku, Milaa menyergahku dengan soalan bertubi-tubi,
“ Kau tahu siapa yang aku jumpa tadi? Aku jumpa Fir merangkap big boss baru di sini. Dia tanya aku kau kat mana? Aku jawab kat bilik pengurus besar. Dia terus menuju ke sana. Kau masih contact dengan dia ke? “

“Mila, aku dah tahu dia tu big boss baru. Semalam kami semua diberitahu dalam mesyuarat. Soalan kau tadi sama ada aku masih contact dengan dia atau tak? Jawapannya TAK dan TAK AKAN. Lagi satu, aku dah hantar surat berhenti kerja dan minggu depan aku akan balik kampung.”

Jawapanku itu membuatkan Mila terkejut.

“Dee, kau dah fikir habis-habis ke? Aku tahu betapa susah kau nak sampai ke tahap ni. Tiba-tiba kau nak berhenti. Mesti ada kaitan dengan Fir. Kau masih tak boleh lupakan dia ke?,” soalan Mila itu ibarat tamparan kepadaku.

“Fir? Siapa dia? Aku mungkin kenal dia dahulu tapi aku sudah lupakan dia,” tegas ku membuatkan Mila berfikir.

“Kau nak buat apa balik ke Ipoh? Kau selalu cakap pada aku, kerjaya itu penting ibarat pelindung kepada wanita. Sekarang ni kau pulak nak jadi penganggur. Siapa nak tanggung kau? Kau nak kerja apa di sana? Ke kau nak tunggu pinangan je?” soal Mila.
“Betul. Aku dah cakap kepada mak aku untuk terima saja siapa yang masuk meminang aku lepas ni.
Mungkin hati ni dah sampai seru nak kahwin agaknya,” balas aku bagi menutup kerisauan Mila itu.
..............................................................................................................................................................

Emak menelefon aku malam itu bagi memberitahu bahawa dia telah menerima pinangan untukku. Aku tergamam. Tak sangka secepat ini lamaran datang menjenguk hati ini. “Laku juga aku ni ye,” aku berkata sendirian sambil tersenyum-senyum. Tetapi hati ini gundah gulana memikirkan bakal tunangan aku itu. Akhirnya perkahwinan kami telah ditetapkan oleh pihak keluarga kami. Tiada majlis bertunang. Hanya terus bernikah. Aku tidak kisah tentang itu. Aku cuma geram lerana tidak mengetahui nama bakal suamiku itu. Aku cuma mengenalinya sebagai Erul. Lagipun aku tidak ambil pusing untuk berjumpa dengannya walaupun disuruh berkali-kali oleh emakku. Biarlah kami bertemu setelah bernikah.

Tetapi aku berfikir sejenak. Mengapa aku dengan mudahnya menerima lamaran ini? Aku tidak mengenalinya mahupun berjumpa dengannya? Adakah aku berkahwin hanya untuk melupakan DIA,manusia kejam yang menyemai dendam dalam hati ini? Tidak! Bukan itu tujuan ku.
Aku hanya ingin mengecapi kebahagianku tanpa bersilang dengan kisahnya. Aku hanya ingin buktikan ‘I am someone’s everything although I am nothing to you’. Aku tekad dalam hati untuk meneruskan perkahwinan ini.
..................................................................................................................................................................

Hari yang dijanjikan hampir  tiba. Tetapi hati ini masih tidak mahu mengikut kata otak. Alangkah mudahnya jika hati dan otak mengutarakan hasrat yang seirama dan serentak. Tidak perlu aku berasa penat untuk memaksa hati yang keras ini.

Aku berasa sangat letih. Sangat-sangat letih sehingga tidak mampu membuka mata.............

Aku membuka mata dan melihat suasana yang aneh keputih-putihan di sekelilingku. Aku mendengar suara emak memanggil doktor.

“Cik Diana, awak sudah sedar akhirnya. Awak mengalami keletihan sehingga menyebabkan awak pengsan. Saya telah bagi drip air untuk beri tenaga. Awak mesti banyak rehat dan tidak mengalami sebarang tekanan bagi mengelakkan kejadian ini berulang,” penjelasan doktor yang agak ringkas tapi terkesan di hati aku ini kerana aku memang mengalami tekanan hati yang sangat menyeksa diriku.

“Diana, tadi bakal suami kamu datang. Dia pergi solat di surau  kejap. Nanti dia datang la tu.”
Aku terkejut mendengar kata-kata mak itu. BAKAL SUAMI? Apa dia buat di sini? Kenapa dia datang? Siapa dia?

Sebelum sempat aku bertanya semua itu kepada emak, kedengaran suara orang memberi semalam dan masuk ke wad ku ini.

“Assalamualaikum,” suara itu amat kukenali .

Tidak! Mengapa dia mesti kembali di saat aku terseksa dengan perasaan ku ini?
“Buat apa kau datang ke sini? Kita dah tak ada apa-apa. Tak perlu kau kisah apa yang jadi kat aku! “
Serangan bertubi-tubi itu membuatkan emak terkejut melihat kami.

“Diana, kenapa cakap kasar macam itu dengan bakal suami kamu? Itulah Erul,bakal suami kamu,” terang mak.

“Mak, Diana tak nak kahwin dengan dia ni. Hey, jantan !Kau dengar tak apa yang aku cakap? Aku nak kau batalkan perkahwinan ini. Sudah cukup kau permainkan aku dulu, kini kau nak seksa aku dengan penipuan besar ini. Kau hipokrit! Kau kata cinta aku tapi hati kau ada pada orang lain! Aku benci kau! Aku takkan terima kau ataupun laki lain” ibarat machine gun, aku melontar segala hasrat hati yang telah lama terbuku di lubuk hati ini.

Dia meminta emak meninggalkan kami untuk berbicara sebentar.

Aku memandang dia dengan pandangan sangat menyampah. Hipokrit  profesional betul dia ni. Aku takkan pernah tertipu buat kali kedua. Tapi mengapa aku nampak sinar berharap dalam matanya? Aaaaahhh! Tu semua lakonan untuk permainkan aku. Aku duduk keras sambil menyilang tangan dan bersedia untuk membidas segala hujahan manisnya

“Saya ingin mengahwini awak kerana Allah. Saya sedar akan kesilapan lalu. Saya tertipu dengan ego saya sendiri. Saya bukan sahaja mengecewakan awak, malah saya telah menipu kata hati sendiri. Saya tak mahu kehilangan awak buat kali kedua. Walaupun awak lari dari saya, saya akan terus kejar awak kerana itulah hukuman untuk saya setelah mengecewakan awak,” kata-katanya membuatkan hati aku ini cair sedikit tapi masih enggan tunduk kepada perkahwinan ini.

Fir masih berusaha meyakinkan aku untuk mempercayainya. Mampukah aku atau lagi tepat  sekali, beranikah aku untuk mempertaruhkan kembali hati yang nipis ini untuk mengecapi kebahagian yang kedengaran mustahil?

“Nur Diana Iman, kahwini saya agar saya dapat berikan kebahagiaan yang awak ingini? Tolong cakap ya sebab telinga saya ni tak mampu menerima perkataan lain,” itulah kata-kata Fir yang membuatkan kotak hatiku ini terbuka setelah MR. BULAN berjaya mencari kunci ajaibnya. Tetapi tak kan semudah itu untuk bersetuju? Semestinya tidak. Akan aku buli MR. BULAN ku ini sepanjang hidupnya sebagai pasangan hidup seperti ROMEO dan JULIET (kisah cinta lama) dan BENZ ALIF dan ADDIN SYAH (Hlovate berjaya mewujudkan kisah cinta baru).

Akhirnya betul juga kata Mila yang menyuruh aku berkahwin dengan big boss, tetapi bukan big boss lama tapi big boss yang baru.

AUTHOR
HIDAYAH IMAN.

I wouldn't allow any plagiarism or copy-paste or share without my permission. Cerpen ini tidak ada kene-mengena dengan sesiapa sama ada hidup atau mati.


Random Meeting- - - Random Entry!

Assalamualaikum semua. morning, afternoon, evening peeps!
Tiba-tiba rasa macam nak luahkan something dekat sini.
Punca tercetusnya entry kali ini :

Saya bertemu kawan lama. memang sangat lama. sembang punya sembang, soalan yang terkeluar dari mulut dia , "siapa pakwe kau sekarang?". Saya jawab "Sejak bila pulak aku berkapel?". dia balas, " La yeke? Aku ingatkan kau kapel sebab status kat FB tu emo semacam je..hahahaha". 

LET ME MAKE IT CLEAR.

Saya tak pernah bercinta sebelum ini dan juga sekarang. Masa akan datang kita tak tahu lagi.

"Ehh, dulu bukan kau dengan si polan polan?"

I won't called it as LOVE.
Mungkin sebab masa itu saya terlalu muda dan mudah terikut dengan keadaan sekeliling.
I will called it as a PUPPY LOVE (ala. cinta monyet la..)
Apa bezanya pulak?
Perbezaannya adalah LOVE is too preecious to waste it with someone who is not your soulmate.
While for PUPPY LOVE, you're ready lose him/her because you know that he/she was not your soulmate.


Really fond of this song. Lagu ni menunjukkan betapa berbezanya kita melayan orang yang disayangi dengan orang lain. BANMAL SONG. 

Bila saya fikirkan semula, masa sekarang bukanlah masa yang terbaik untuk berpasangan.
I have so many dreams that I afraid to lose. I have so many people that I afraid to lose.
Mungkin juga saya terikut dengan kata-kata mak saya.
Mungkin juga terlalu terpengaruh dengan novel.
'Kita tidak mengenali orang itu walaupun berpasangan selama 10 tahun. Tetapi dengan berkahwin selama 10 hari, kita akan mengenali lelaki itu lebih daripada bercinta 10 tahun.'

Semasa zaman muda-muda dulu (idoklah tua sangat..hahahaha), sangat menipulah kalau cakap tak pernah suka sesiapa. Tapi mungkin pengalaman dulu-dulu (bukan bercinta pon ) membuatkan saya semakin kurang percaya dengan perhubungan yang bernama BERCINTA. Kenapa perlu bercinta sebelum berkahwin? Mungkin fikiran saya ini terlalu kolot sehingga terlalu takut untuk bercinta sebelum kahwin (sekarang ini la).
Lagipun saya ada banyak benda lagi yang perlu difikirkan selain benda-yang-tak-berapa-nak-penting ni.
ok la. sambung cerita next time! caucincau semua!

p/s : random entry for something universal. seriously entry kali ini sangat merepek. Tak ada inti pati langsung. But this is life. something it is bright but sometimes it is blank with nothing in it.