My photo
Jom Clorox-kan Minda dan Jiwa.

Wednesday 19 December 2012

Tolong Berhenti Menghembus Asap Busuk!

Assalamualaikum, morning, afternoon, evening peeps!! Hari yang indah harus diteruskan keindahannya dengan mencantikkan lagi laluan kehidupan kita.

Hari ni tiba-tiba tergerak hati nak tulis pasal MEROKOK! yeah, I said SMOKING! DUNHILL, SEMPORNA, MARLBORO ! These brands sound familiar to you? ( Jenama rokok! Korang dah buat tauke syarikat ni kaya tahu tak?! Tapi korang dapat apa? Ehh, korang pun kaya! Kaya dengan penyakit.)






Tak perlu pun kita nak ajar atau cakap berkali-kali semua orang tahu MEROKOK itu memudaratkan kesihatan. My niece yang umur 4tahun pun tahu , takkanlah orang yang lebih tua daraipada dia ni tak tahu kan? Get the answer by yourself.

Saya selalu nampak dan baca status kawan-kawan Facebook dan Twitter tentang merokok. "Perempuan merokok nampak hodoh" , "Laki nampak lagi hensem kalau tak merokok" dan macam-macam lagi! (mesti korang semua pun pernah terbaca benda-benda ni kan? ) By the way, I don't think it is relevant to post status like that as it will annoyed that person. Kalau ingin menegur, ada caranya. Dengan menulis begitu, hanya akan mencabar ego seseorang. Lagipun, semakin kita menegah seseorang, semakin kuat nalurinya untuk memberontak (In other word, he will keep doing the same thing ).

Kawan-kawan kita yang merokok tu selalu mengatakan diorang menghisap rokok sebab tertekan dengan masalah yang dialami. Apabila mereka merokok, mereka merasakan seperti "terlepas satu beban". Kononnya mereka berasa tenang selepas merokok. Nak tahu kenapa? I will show you one-truly-fact-ever( fakta yang korang sendiri dah tahu!)

Antara bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok ( Thanks to Wikipedia!) :
Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang.
Tar, yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen.
Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano (sangat bahaya!)
Benzene, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna. Cadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif. (radioaktif! kanser? )
Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol.
Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.
Ammonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu.
Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat.
Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak (korang manusia, kenapa sanggup menghancurkan diri seperti ini? )
Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus ( what? racun tikus? yeah! that is the fact! )
Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta ( bayangkan korang sedut asap kereta yang busuk tu? sanggup?)

Semakin ramai remaja yang dah terjebak dengan sindrom-tak-sihat ni. Sama ada disebabkan terlalu mengikut pengaruh kawan atau mengikut jejak langkah ahli keluarga. Cuba bayangkan seorang bapa melarang dan memukul anaknya setelah mengetahui anaknya menghisap rokok. Tetapi dalam masa yang sama, bapanya ialah seorang PEROKOK yang tegar. Walaupun seseorang remaja itu boleh memikirkan baik buruk kegiatan merokok itu, tapi akan ada hasutan di hati mereka. "Ayah aku pun tahu kesan merokok tu. Tapi dia tetap merokok. Buat pe aku nak berhenti? Ayah aku pun cakap tak serupa bikin!)
Nampak kesannya? Janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. We can take small action by practicing healthy lifestyle - avoid smoking, doing an adventure activies but safe that can help you release tension!

Lagi satu saya nak mention, kalau berasa tertekan, janganlah mencari rokok. Solat dan berdialoglah dengan Allah. Islam tidak membenarkan kita mengambil bahan yang boleh memudaratkan badan kita (well, terang-terang tak perlu disuluh rokok menghancurkan badan kita!). Bukan niat untuk berlagak baik , tapi entry kali ni hanya melambangkan secebis naluri keprihatinan menganai tabiat merokok. kita sendiri kena sayangi diri kerana tak selamanya , orang di sekeliling akan tetap berada di sisi kita. Mereka mungkin tidak sanggup untuk menghadapi kesusahan bersama-sama ( sakit, bankrap, hutang). Jadi senangkanlah diri kita agar orang menyenangi kita ( bukan bermaksud kaya harta tetapi kaya budi bahasa, kaya dengan keperibadian yang baik, kaya dengan senyuman). Kita mungkin bukan insan yang sempurna tetapi kita boleh membaiki diri kita.

Salam dan caucincau. Maaf jika penggunaan kata yang boleh mengguriskan hati si pembaca.

p/s : Tidak pernah ada perkataan TERLEWAT untuk berubah selagi nyawa tidak berpisah dengan badan.

BEAUTY-LOVE-RELATIONSHIP!

Assalamualaikum, morning, afternoon, evening peeps!! Hari yang indah harus diteruskan keindahannya dengan mencantikkan lagi laluan kehidupan kita.

I have something to share with you guys! sejak kebelakangan ini, kita selalu dengar pasal KAHWIN MUDA. ok, i repeat again, KAHWIN MUDA! yeah, you heard me right? saya ada kawan-kawan yang kahwin muda and I think it's sweet like candy! hahahaha! I'm not joking!

By the way, KAHWIN MUDA ni bukanlah trend terkini. Well, our great-grandparents also have been experienced this. Zaman mak-ayah atuk-nenek kita dulu asalkan dah cukup umur (you know what I means) dah boleh kahwin. Kita selalu dengar makcik-makcik cakap "Kami dulu-dulu umur 15 tahun pun dah boleh kahwin"...Dulu nak kahwin senang,, tak sesusah sekarang. sekarang ni kena fikir pasal hantaran, belanja kenduri dan pinjaman bank. PINJAMAN BANK? Yes, I said PINJAMAN BANK!

Sekarang ni banyak pasangan yang nak berkahwin mesti buat pinjaman bank. Ya la, macam mana nak tanggung demands bajet perkahwinan sekarang. Kalau buat akad nikah dengan kenduri doa selamat yang hanya dihadiri saudara mara terdekat, mesti ada yang berbunyi lepas tu. Jadi, kita hanya perlu mengadakan walimatul urus mengikut bajet kita. Dahulukan perkara yang patut didahulukan.

But for me, I really don't think it will be a big problems if we have a great sense of saving money. Bukanlah bermaksud jadi kedekut nak gunakan duit tapi menabung/berjimat akan menguntungkan kita. Janganlah bila nak berkahwin, barulah nak menyimpan duit. Kalau macam tu, mesti akan menyusahkan diri dan orang sekeliling. At least we should be more responsible for our own future.

After a few seconds..(Alamak! macam dah lari topik! I want to write about EXTERNAL beauty vs INTERNAL BEAUTY! Let's go back to basic ! )

KECANTIKAN LUARAN. Muka cantik, mata sepet/bulat, hidung mancung, kulit putih licin, tinggi lampai, langsing, berbadan sasa (lelaki sahaja).. Inilah antara jawapan yang sudah dapat kita jangkakan daripada mulut-mulut sesiapa sahaja. Bagi saya, persepsi kita terhadap CANTIK itu terlalu terhad dan tidak berapa logik! Adakah seseorang yang bertubuh pendek, gempal, berkulit hitam patut digelar sebagai HODOH? Pastilah TIDAK! Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang telah dijadikan oleh Allah. Kita tidak berhak untuk mengatakan seseorang itu HODOH ( i really dislike this word!) Kita terlalu menitikberatkan soal luaran hingga terlupa betapa pentingnya hati budi seseorang. I can said that beauty will comes after a good interpersonal skills. Hormat orang tua, baik hati, berpegang teguh pada agama dan setia kepada agama, keluarga, negara dan diri sendiri. ( banyak lagi ciri-ciri kecantikan dalaman yang lain )

By the way, my mom selalu cakap "Kita hanya mengenali seseorang itu setelah mengahwininya." There is one more, "Kalau nak tahu dia tu orang macam mana, tengok cara dia layan orang sekeliling dia; terutamanya terhadap orang yang berpangkat lebih rendah dari dia." It makes sense. One day, love will fades away but loyalty and honesty will remain there. That will put your relationship in its own class! (This is my truly quote- datang dari hati! hahahahaha)

Cukuplah sampai di sini saya membebel! Saya rasa kawan-kawan pun tahu menilai perkara ni. I just like this topic that I think want to write about it. No offense, right? Jangan terasa hati ye kalau topik ini membuat anda terfikir sejenak dan ada terkena tempias sikit pasal topik ni ya. Tidak ada kena-mengena sama ada bagi yang hidup atau yang mati.

Salam dan caucincau semua . May you have a nice love story ever! :)

P/s : True love is too precious to be wasted with someone who is not the right man for you :)