Assalamualaikum, morning, afternoon, evening peeps!! Hari yang indah harus diteruskan keindahannya dengan mencantikkan lagi laluan kehidupan kita.
Hari ni tiba-tiba tergerak hati nak tulis pasal MEROKOK! yeah, I said SMOKING! DUNHILL, SEMPORNA, MARLBORO ! These brands sound familiar to you? ( Jenama rokok! Korang dah buat tauke syarikat ni kaya tahu tak?! Tapi korang dapat apa? Ehh, korang pun kaya! Kaya dengan penyakit.)
Tak perlu pun kita nak ajar atau cakap berkali-kali semua orang tahu MEROKOK itu memudaratkan kesihatan. My niece yang umur 4tahun pun tahu , takkanlah orang yang lebih tua daraipada dia ni tak tahu kan? Get the answer by yourself.
Saya selalu nampak dan baca status kawan-kawan Facebook dan Twitter tentang merokok. "Perempuan merokok nampak hodoh" , "Laki nampak lagi hensem kalau tak merokok" dan macam-macam lagi! (mesti korang semua pun pernah terbaca benda-benda ni kan? ) By the way, I don't think it is relevant to post status like that as it will annoyed that person. Kalau ingin menegur, ada caranya. Dengan menulis begitu, hanya akan mencabar ego seseorang. Lagipun, semakin kita menegah seseorang, semakin kuat nalurinya untuk memberontak (In other word, he will keep doing the same thing ).
Kawan-kawan kita yang merokok tu selalu mengatakan diorang menghisap rokok sebab tertekan dengan masalah yang dialami. Apabila mereka merokok, mereka merasakan seperti "terlepas satu beban". Kononnya mereka berasa tenang selepas merokok. Nak tahu kenapa? I will show you one-truly-fact-ever( fakta yang korang sendiri dah tahu!)
Antara bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok ( Thanks to Wikipedia!) :
Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang.
Tar, yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen.
Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano (sangat bahaya!)
Benzene, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna. Cadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif. (radioaktif! kanser? )
Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol.
Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.
Ammonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu.
Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat.
Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak (korang manusia, kenapa sanggup menghancurkan diri seperti ini? )
Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus ( what? racun tikus? yeah! that is the fact! )
Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta ( bayangkan korang sedut asap kereta yang busuk tu? sanggup?)
Semakin ramai remaja yang dah terjebak dengan sindrom-tak-sihat ni. Sama ada disebabkan terlalu mengikut pengaruh kawan atau mengikut jejak langkah ahli keluarga. Cuba bayangkan seorang bapa melarang dan memukul anaknya setelah mengetahui anaknya menghisap rokok. Tetapi dalam masa yang sama, bapanya ialah seorang PEROKOK yang tegar. Walaupun seseorang remaja itu boleh memikirkan baik buruk kegiatan merokok itu, tapi akan ada hasutan di hati mereka. "Ayah aku pun tahu kesan merokok tu. Tapi dia tetap merokok. Buat pe aku nak berhenti? Ayah aku pun cakap tak serupa bikin!)
Nampak kesannya? Janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. We can take small action by practicing healthy lifestyle - avoid smoking, doing an adventure activies but safe that can help you release tension!
Lagi satu saya nak mention, kalau berasa tertekan, janganlah mencari rokok. Solat dan berdialoglah dengan Allah. Islam tidak membenarkan kita mengambil bahan yang boleh memudaratkan badan kita (well, terang-terang tak perlu disuluh rokok menghancurkan badan kita!). Bukan niat untuk berlagak baik , tapi entry kali ni hanya melambangkan secebis naluri keprihatinan menganai tabiat merokok. kita sendiri kena sayangi diri kerana tak selamanya , orang di sekeliling akan tetap berada di sisi kita. Mereka mungkin tidak sanggup untuk menghadapi kesusahan bersama-sama ( sakit, bankrap, hutang). Jadi senangkanlah diri kita agar orang menyenangi kita ( bukan bermaksud kaya harta tetapi kaya budi bahasa, kaya dengan keperibadian yang baik, kaya dengan senyuman). Kita mungkin bukan insan yang sempurna tetapi kita boleh membaiki diri kita.
Salam dan caucincau. Maaf jika penggunaan kata yang boleh mengguriskan hati si pembaca.
p/s : Tidak pernah ada perkataan TERLEWAT untuk berubah selagi nyawa tidak berpisah dengan badan.
No comments:
Post a Comment