My photo
Jom Clorox-kan Minda dan Jiwa.

Monday 29 April 2013

Long Lost Sisters

Assalamualaikum, morning, afternoon, evening peeps.
Sebelum ini saya ada post tentang kawan baik - my grilfriends- dari zaman sekolah rendah sampailah sekarang.
Tiba-tiba ada kawan saya yang agak terasa "ehh! Nama aku tak ada ke?"
AIMI RASYIDAH & NUR AFIQAH!
Korang bukan setakat kawan baik!
Aku dah anggap korang macam long-lost-sisters.
Walaupun kita jarang bersembang, jarang berjumpa, jarang meluangkan masa bersama,
Tapi koranglah yang ada dengan aku di saat ramai menjauhkan diri,
Di saat semua melupakan aku.
Di saat aku perlukan sokongan.
Di saat aku berdepan dgn tekanan apabila bermacam-macam dugaan menimpa.
Di saat aku terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri daripada belajar secara sepenuh masa.
Di saat aku berdepan dgn kemurungan.
Korang sentiasa ada di sisi.
Aku doakan supaya Allah memberi korang kebahagiaan dunia dan akhirat. Semoga korang bertemu jodoh yang dapat memberi korang kasih sayang, kesetiaan dan kegembiraan.
*Korang bukan sahaja kawan baik tapi long-lost sisters.

Sunday 28 April 2013

Special Thanks To ...

Assalamualaikum semua.
Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi dan mata ni masih tak boleh lelap.
Tiba-tiba teringat dekat semua kawan-kawan lama.
Bila sebut kawan lama, merangkumi kawan dari sekolah rendah.
Jom bukak alkisah sekejap. Hehehehe.

Semasa sekolah rendah, saya tergolong dalam golongan yang 'orang-tak-sedar-kewujudan-kau' atau lagi sedap bunyinya low profile. Hahahaha. Saya juga bukan dalam kalangan pelajar yang bijak. Tapi dengan pengaruh kawan yang betul, Alhamdulillah, dapat atasi masalah malas yang menebal ni. Hahahaha. thanks to Siti NurFilzah. Dia sangat baik, cepat-cepat bakal mak mertua, siapa nak jadikan Siti ni calon menantu memang sesuai lah. Hehehehe. Now, dia dah sambung Medic di USM. Kami dah lost contact selepas masuk sekolah menengah. By the way, I missed those times a lot.

Naik sekolah menengah, saya macam dah jadi super hyper. Tak boleh duduk diam. hahaha. Disebabkan saya ni budak koop (AJK Koperasi la..hahaha), jadi kebanyakan kawan rapat masa tu semuanya budak koperasi. Ekin @Nur Asyikin, Farah, Kiki@Nur Balkis Hani. Tiga orang ni boleh dikatakan mereka lah tempat berduka dan bersuka. Thanks Ekin sebab influenced aku yang malas ni untuk belajar walaupun secara tak langsung. Bila tengok kau tuisyen dengan Cikgu Koh dulu, entah kenapa aku rasa macam tercabar. Rasa macam tak nak disishkan hanya sebab ketinggalan dalam pelajaran walaupun masa tu baru tahap PMR. Sampai sekarang aku tak boleh lupa saat kita semua macam nak pecah kepala belajar untuk PMR. Sampai stress sanggup berhenti koop. Sekarang dua-dua dah berpisah mengikut haluan masing-masing. Dia dah sambung belajar di UiTM Shah Alam. One important thing yang aku tak pernah cakap kat kau, Ekin, sayang kau sangat-sangat. Hahahaha. Sila terharu! Hahahahha. To Farah, thanks for being a good friend during those years. I wish I can repeat all those times to make sure I show my appreciation for your presence. Thanks sebab bersabar dengan sikap-sikap aku yang annoying. Hahahaha. To Kiki, thanks sebab sentiasa ada di saat aku jatuh, hampir hilang punca, hampir hilang semangat dan sentiasa ada di saat aku masuk wad! Penting tu! Hahahaha. Aku selalu buat kau sakit hati tapi kau jugalah yang paling aku risau tau, wahai budak kecik! Aku cukup risau kalau kau buat keputusan yang salah dalam bab-bab hati. Tapi aku doakan kau ditemukan jodoh yang dapat membimbing kau ke jalan Allah. InsyaAllah. To Liza and Syikin, thanks sebab ada di saat aku perlukan kawan dan teman. Sayang korang.

Bila masuk Tingkatan Enam, semakin bertambah kawan-kawan. Semestinyalah kan. To Ana, thanks sebab selalu tolong bawakkan beg dan barang aku di saat aku sakit. Thanks sebab selalu dengar aku menangis. Thanks sebab selalu dengar aku membebel. Thanks sebab selalu kena pukul dengan aku. Thanks sebab selalu biarkan aku tidur dalam kelas. Hahahaha. To Mira, thanks sebab kau selalu jadi tukang cerita di saat aku dah rasa bosan. Thanks sebab selalu supply ais(aku dah lupa namanya.hahahah) walaupun dah tahu aku tak boleh makan. Hahahaha. Thanks sebab selalu teman aku makan semasa aku stress. Thanks selalu sebab dengar aku bercerita. To Nana, Thanks sebab selalu setia duduk dalam kereta tanpa berbunyi walaupun aku bawak kereta dengan laju dan berbahaya (Kadang-kadang jela). Thanks sebab selalu teman aku di saat aku menangis, makan dan gembira. Wow! Rasa macam nak mention semua budak Tingkatan Enam je dah ni. Hahaha. Tak mampu nak tulis panjang-panjang, tapi still nak cakap THANKS a lot kat kawan-kawan Form Six sebab korang semua tak tahu betapa besar ertinya kehadiran korang dalam hidup aku. Bila aku sedih sekarang ni, aku boleh tersenyum sebab saat-saat semasa Form Six memberi aku semangat. Aku mula kenal erti bersahabat bila berjumpa korang semua. Thanks.

Mesti ada yang hairan, kenapa semua nama peremppuan je yang disebut di sini. Antisocial ke budak ni? Hahahaha. Entry kali ini khas untuk my girlfriends. Lain kali baru kita sebut pasal my boyfriends ye.

We were best friends before. 
We always talked to each other. 
After years, we've been far apart. 
We don't always talk anymore. 
After certain years, we might not talk to each other anymore. 
But still you are my friends and I love all of you.

*Niat di hati nak selitkan sekali gambar-gambar mereka di sini, tetapi semua gambar dah hilang. Yang ada pun, dalam otak je. Hahahaha. Gambar kenangan. By the way, I'm not good in words and action too. I hope this post will give you a picture of my truly feeling. Kepada yang tak disebut, bukan niat di hati melupakan korang. Ingatan tentang korang tersemat di otak dan hati ini. Andai nyawa dipisah dari jasad ini, aku minta maaf atas tersalah kata aku, terlanjur perbuatan aku, semua itu mungkin berlaku tanpa aku sedari dan tak berniat melukakan hati korang. (Jangan fikir bukan-bukan. Mengingati kejadian yang satu ini adalah wajib. ) Caucincau semua.

Some Tricks To Score In Exam.

Assalamualaikum, morning, afternoon, evening peeps.
How good was your day? Is it fun? Is it a sorrow day?
No matter how worse were your day, we should be thankful to Allah because we still alive.

Hari ini terasa macam nak kongsi pengalaman saya; cara saya belajar.
Saya bukanlah dalam golongan pelajar-pelajar pintar yang skor 4flat atau straight A's.
Saya cuma nak share macam mana nak naikkan semangat sendiri apabila ditimpa masalah di kala saat menghadapi peperiksaan merunsingkan kepala.

Tiada orang boleh menaikkan semangat kita kalau bukan kita sendiri yang memotivasikan diri sendriri.
Dalam perlumbaan, hanya ada pemenang dan orang yang kalah. Tiada yang sederhana, atau kita selalu cakap biasa-biasa je.
Kita hanya diingati dengan kecemerlangan atau kegagalan kita.
Jadi terpulanglah kepada diri masing-masing either you want to be remembered as a WINNER or LOSER?
You make a choice and that choice will make who you are.

Tiada orang yang berjaya tanpa berusaha dan tiada orang yang gagal tanpa sifat malas.
Tiada orang yang pandai atau tidak pandai.
Hanya ada orang yang berusaha dan orang yang malas.

Mungkin ada yang berfikir dan memberi alasan, budak yang sekolah Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
dan MRSM selalu menjadi pelajar cemerlang disebabkan cikgu mereka pandai.
Tidakkah anda sedar, semua guru adalah guru yang pandai jika tidak mereka tidak mampu menggalas tugas sebagai seorang guru.
Pelajar di SBP dan MRSM beruntung kerana mereka diajar memanfaatkan masa dan diajar memanfaatkan masa. selain itu, persaingan di sini lebih ketara. Pengaruh untuk terpesong daripada fokus belajar juga kurang. Itulah manfaat yang dinikmati oleh pelajar-pelajar SBP dan MRSM.

Tetapi siapa kata pelajar sekolah harian tidak mampu? Kita hanya memerlukan sedikit kerajinan dan usaha lagi untuk menggunakan masa kita. Siapa kata tidak boleh tengok TV semasa minggu exam? bagi saya itu mengarut. Sudahlah dengan tekanan exam, campur pulak tekanan tak dapat tengok TV? ohh!! Tidakkk!!!

Tidak kira subjek apa pun, yang pertama sekali niat belajar kita kena betul. Belajar kerana Allah, Fokus semasa guru mengajar dan sering buat latihan. CLICHE kan? tapi itulah hakikatnya. Kalau subjek yang perlukan pembacaan seperti Sejarah, bacalah sedikit nota mengenainya sebelum tidur. Manalah tahu, masa tengah tidur pun, mimpii tentang nota-nota itu. Dapat juga manfaatnya daripada bermimpi pasal pakwe ke, hantu ke. Haahahahaha.. Kalau subjek yang perlu mengira, buatlah di waktu pagi dan malam. At least 5 Soalan 1 Hari. Kalau subjek yang perlu dihafal konsepnya, sebaik-baiknya kaitkanlah konsep itu dengan kehidupan kita. Contohnya, saya sangat suka makan ayam. Jadi saya kaitkan mengenai ayam dalam subjek ekonomi. Kaedah ini sesuai untuk dikaitakan dengan konsep barang pengganti dan barang penggenap. Kereta juga senang untuk dijadikan bahan contoh untuk menerangkan konsep.

Sudah menjadi lumrah manusia, kita ni mudah lupa. Otak kita pula memang senang untuk mengingati benda yang kita dah set di kepala ni sebagai SUKA dan BENCI. Jadi gunakanlah segala yang kita ada walaupun untuk belajar. Lagi satu, siapa kata pelajar yang tidak pergi ke Tuisyen akan ketinggalan? Tak ada dalam mana-mana kitab/buku pun kata macam tu pun. Just increase your effort to create your bright future.

Jaga juga hubungan dengan Allah, hubungan dengan ibu bapa, hubungan dengan guru dan hubungan kawan-kawan. Jangan pernah set kan di kepala "Sejarah susah!", "Cikgu ini ajar bosan!" dan lain-lain yang negatif.
Semua fikiran itu akan menutup semangat kita sendiri.Cuba bayangkan anda dah set di kepala "Tak sukalah cikgu ni mengajar.". Bila cikgu itu masuk ke kelas, anda hilang fokus sebab tidak berminat hendak mendengar pengajaran oleh cikgu itu. Siapa yang rugi? Tengok cermin, jawab sendiri. Hehehehe.

 Fikirlah, bila kita berjaya, siapa yang akan gembira dahulu? Kita juga. Jika ada yang memuji kita, siapa yang gembira dahulu? Kita juga. Kegembiraan terletak di kepala kita, Usaha terletak di anggota badan kita, Tawakal terletak di hati kita dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jika setelah berusaha, masih juga tidak mencapai sasaran, mungkin Allah telah mengaturkan perjalanan hidup yang lebih indah untuk kita.
Sampai di sini sahaja saya mengarut. Hehehe. Caucincau semua.

*Kepada adik-adik yang dapat masuk ke Tingkatan Enam, janganlah berfikiran negatif. Ini bukannya bermaksud anda gagal. Anda masih ada peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Siapa kata tidak boleh dapat scholarship jika masuk Tingkatan Enam? Just score great result in your STPM, bright future is waiting for you. Bukannya mati pun masuk Tingkatan Enam. Kena pakai baju sekolah je pun. Ok apa. Nampak muda sentiasa. Jimat duit dan masa tak perlu fikir nak pakai lawa-lawa pergi sekolah. Hahahahaha.

Friday 26 April 2013

Complex Question- Find The Answer.

Assalamualaikum, morning, afternoon, evening peeps.
How was your day guys? my day? wasn't better than this.
First of all, last two days I bought Hlovate's novels ; Contengan Jalanan dan Rooftop Rant.
Selepas membaca kedua-dua novel itu, saya mula bertanya kepada diri sendiri.
Adakah saya betul-betul memahami maksud HIDUP dan definisi BAIK bila kita gelarkan seseorang itu BAIK? when I asked myself, i'm clueless for its answers. I don't think my definition of BAIK is suitable anymore.

Before this, I always said someone is BAIK when he fulfill his 5-times solat per day, fasting during Ramadan,  going to mosque for 'solat Jumaat' - for men, wearing tudung - for women and menutup aurat.
That was my definition and now, I think that was totally wrong.
Kesemua ciri-ciri yang saya katakan tadi adalah merupakan kewajipan kita. When it comes to WAJIB, there is no reason to break it. Not single one. But until now, I'm still clueless how did I need to define HIDUP and BAIK. I hope I can find it soon. Complex questions can only be solved by patience -Hlovate.

Pernah tak anda rasa kosong walaupun sudah memiliki hampir kesemua yang anda ingin miliki? Carilah jawapan kepada kekosongan itu. I have also a long journey to find it. There is no boundaries for it. Never put any wall for yourself to become a better Muslim.

Ujian yang Allah datangkan bersebab. sebagai ingatan dan sebagai tanda Allah masih sayangkan kita. Kenapa mesti kita abaikaan kasih sayang Allah? Sedangkan untuk mengabaikan kasih sayang ibu bapa mahupun pasangan andaa, semestinya akan rasa bersalah. Mengapa tidak rasa begitu kepada Allah? I still need to study myself ;inside and outside.

Kenapa kita menjaga hubungan sesama manusia tapi masih lagi berlaku perselisihan faham ataupun bermusuhan sesama sendiri? Marilah melihat kembali hubungan kita dengan Allah.
We always heard this quote, "Let fate fares you better". Why didn't us treat ourselves better?
There would be never late to be a better person. Never missed to read Loveletters compilation (Al-Quran).
Isilah hati dan jiwa dengan pengisian yang betul.

Saya pernah bersembang dengan abang saya. Dia bertanya apakah faedahnya membaca Al-Quran tetapi tidak memahami maksudnya? Sebenaarnya saya tidak tahu hendak jawab soalan itu. Selepas itu abang saya jawab, "Ibarat bakul yang kotor (yang berlubang-lubang macam bakul sampah dalam kelas di sekolah) apabila kita curahkan air ke dalamnya, air mengalir keluar. Tidak sedikitpun yang tinggal. Jadi, apa faedahnya? Bakul sampah tu bersih. Tapi kalau bakul itu tidak berlubang, mungkin ada air yang yang dapat kita tadah di situ.Begitu juga dengan membaca Al-Quran dan memahaminya. Kita membaca sambil menghayati maksudnya.". Terpulanglah sama ada ingin menjadi ibarat bakul yang berlubang atau bakul yang berisi penuh dengan air. *Saya masih perlu menilai kembali diri sendiri.

Marilah kita berubah kerana Allah, bukan kerana manusia. Jangan hanya mengingati Allah di kala kesusahan. Kita hanya pandai meminta-minta kepada Allah, tetapi kenapa kita mengabaikan suruhan-Nya? Kita terlalu alpa.. Terlalu alpa daan pelupa. We need a clock to remind us. This 'clock' can appear as a watch- to remind us about the times or someone- to remind us about our responsibility. Stay alert everyone. Stay alert for your safety, di dunia dan juga di Akhirat. Caucincau semua. Assalamualaikum. May Allah bless you, readers! Semoga kita bersama-sama mengejar sesuatu yang berbaloi untuk dikejar.

* Hlovate's compilation weren't kind of novel picisan. Read before making any comment. I don't write this post just to make you guys think I'm BAIK or just pretend to be BAIK. I just want to share my thought with all of you. Sharing is caring, right? I want to be BAIK in the right term. I don't want to be BAIK only in the eye of you. I want to be BAIK as a baik. Confusing? Me too. I need to find the way out for this crisis.

Sunday 21 April 2013

Explanation!

Assalamualaikum, morning,afternoon, evening peeps!
Lama tak update sebab tiba-tiba rasa macam tak nak update. Hehehe.
Selama menghilang ni banyak benda yang jadi.
1. Dah tukar dari full time kpd part time student for LW213 Bachelor in Legal Studies, UiTM Shah Alam.
2. Biasiswa JPA telah dibatalkan sebab bertukar mod pengajian.
3. Kesihatan bertambah baik dan dapat menyesuaikan keadaan kesihatan dgn keadaan sekeliling.
4. Dapat anak saudara yg baru!! Horreeyyy!
5. Hati dah sembuh. Hahahaha

Back to the main point.Sebelum ni saya ada post status dekat facebook tentang man's exclusiveness. Mungkin ada yang kata, "poyo betul la budak ni!" , "mcm la kau bagus sgt!" , "kau tu exclusive sangat ke?!" .
Hahaha. By the way, dah jangka memang akan ada yang akan cakap begitu (walaupun dalam hati mereka sahaja). I think I need to explain my intention and meaning behind that status.
For me, in one relationship either between boy and girl or between child and parent or between friend, you won't get what you can't give. It is an easy principle. Anda tidak akan merasa apa itu kesetiaan kalau anda tidak berlaku setia kepada orang lain. Simple right? Saya cume rasa kecewa bila melihat, sesetengah pasangan yang sudah berpasangan tapi masih mencuba untuk melayan orang lain dgn cara yang istimewa sama seperti cara dia melayan pasangannya.

At the end, I come with this conclusion. Love before marriage is too hard to survive , sama ada untuk pelihara kesucian cinta itu atau tahap kesetiaan. Now, I sound like a KOLOT girl. Or you can me EGOMANIAC! It is ok! This is my side of view about this topic! Don't judge it! Hehehe.
Saya tak bangkang percintaan sebelum kahwin, cuma banyak dugaannya. Tak salah kita ingin mengenali seseorang dengan lebih dekat tapi biarlah dengan cara yang betul. Saya pon manusia biasa yang pernah melakukan kesilapan begini, tetapi masa mengajar kita kebenaran kenyataan ini.
Don't judge the book from its cover. Judge by its contents. Beauty don't last long.
#mesti ada yang terfikir apasala tuan rumah blog ni asyik cakap pasal cinta? Sebabnya benda ini sangat universal and I just being too passionate to talk about it. We can discuss about it randomly. Sorry sebab menjengkelkan anda semua! :-)
Caucincau semua! Have a nice day with good deeds!
*saya lebih melihat sikap seseorang bukan rupa. Mungkin sebab saya pon bukan dalam golongan yang selayaknya untuk menilai! Yeah! I'm not a judge of beauty contest! Hahahhaha
Bolehlah amalkan doa ini ketika kecewa. :-)