My photo
Jom Clorox-kan Minda dan Jiwa.

Sunday 28 April 2013

Special Thanks To ...

Assalamualaikum semua.
Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi dan mata ni masih tak boleh lelap.
Tiba-tiba teringat dekat semua kawan-kawan lama.
Bila sebut kawan lama, merangkumi kawan dari sekolah rendah.
Jom bukak alkisah sekejap. Hehehehe.

Semasa sekolah rendah, saya tergolong dalam golongan yang 'orang-tak-sedar-kewujudan-kau' atau lagi sedap bunyinya low profile. Hahahaha. Saya juga bukan dalam kalangan pelajar yang bijak. Tapi dengan pengaruh kawan yang betul, Alhamdulillah, dapat atasi masalah malas yang menebal ni. Hahahaha. thanks to Siti NurFilzah. Dia sangat baik, cepat-cepat bakal mak mertua, siapa nak jadikan Siti ni calon menantu memang sesuai lah. Hehehehe. Now, dia dah sambung Medic di USM. Kami dah lost contact selepas masuk sekolah menengah. By the way, I missed those times a lot.

Naik sekolah menengah, saya macam dah jadi super hyper. Tak boleh duduk diam. hahaha. Disebabkan saya ni budak koop (AJK Koperasi la..hahaha), jadi kebanyakan kawan rapat masa tu semuanya budak koperasi. Ekin @Nur Asyikin, Farah, Kiki@Nur Balkis Hani. Tiga orang ni boleh dikatakan mereka lah tempat berduka dan bersuka. Thanks Ekin sebab influenced aku yang malas ni untuk belajar walaupun secara tak langsung. Bila tengok kau tuisyen dengan Cikgu Koh dulu, entah kenapa aku rasa macam tercabar. Rasa macam tak nak disishkan hanya sebab ketinggalan dalam pelajaran walaupun masa tu baru tahap PMR. Sampai sekarang aku tak boleh lupa saat kita semua macam nak pecah kepala belajar untuk PMR. Sampai stress sanggup berhenti koop. Sekarang dua-dua dah berpisah mengikut haluan masing-masing. Dia dah sambung belajar di UiTM Shah Alam. One important thing yang aku tak pernah cakap kat kau, Ekin, sayang kau sangat-sangat. Hahahaha. Sila terharu! Hahahahha. To Farah, thanks for being a good friend during those years. I wish I can repeat all those times to make sure I show my appreciation for your presence. Thanks sebab bersabar dengan sikap-sikap aku yang annoying. Hahahaha. To Kiki, thanks sebab sentiasa ada di saat aku jatuh, hampir hilang punca, hampir hilang semangat dan sentiasa ada di saat aku masuk wad! Penting tu! Hahahaha. Aku selalu buat kau sakit hati tapi kau jugalah yang paling aku risau tau, wahai budak kecik! Aku cukup risau kalau kau buat keputusan yang salah dalam bab-bab hati. Tapi aku doakan kau ditemukan jodoh yang dapat membimbing kau ke jalan Allah. InsyaAllah. To Liza and Syikin, thanks sebab ada di saat aku perlukan kawan dan teman. Sayang korang.

Bila masuk Tingkatan Enam, semakin bertambah kawan-kawan. Semestinyalah kan. To Ana, thanks sebab selalu tolong bawakkan beg dan barang aku di saat aku sakit. Thanks sebab selalu dengar aku menangis. Thanks sebab selalu dengar aku membebel. Thanks sebab selalu kena pukul dengan aku. Thanks sebab selalu biarkan aku tidur dalam kelas. Hahahaha. To Mira, thanks sebab kau selalu jadi tukang cerita di saat aku dah rasa bosan. Thanks sebab selalu supply ais(aku dah lupa namanya.hahahah) walaupun dah tahu aku tak boleh makan. Hahahaha. Thanks sebab selalu teman aku makan semasa aku stress. Thanks selalu sebab dengar aku bercerita. To Nana, Thanks sebab selalu setia duduk dalam kereta tanpa berbunyi walaupun aku bawak kereta dengan laju dan berbahaya (Kadang-kadang jela). Thanks sebab selalu teman aku di saat aku menangis, makan dan gembira. Wow! Rasa macam nak mention semua budak Tingkatan Enam je dah ni. Hahaha. Tak mampu nak tulis panjang-panjang, tapi still nak cakap THANKS a lot kat kawan-kawan Form Six sebab korang semua tak tahu betapa besar ertinya kehadiran korang dalam hidup aku. Bila aku sedih sekarang ni, aku boleh tersenyum sebab saat-saat semasa Form Six memberi aku semangat. Aku mula kenal erti bersahabat bila berjumpa korang semua. Thanks.

Mesti ada yang hairan, kenapa semua nama peremppuan je yang disebut di sini. Antisocial ke budak ni? Hahahaha. Entry kali ini khas untuk my girlfriends. Lain kali baru kita sebut pasal my boyfriends ye.

We were best friends before. 
We always talked to each other. 
After years, we've been far apart. 
We don't always talk anymore. 
After certain years, we might not talk to each other anymore. 
But still you are my friends and I love all of you.

*Niat di hati nak selitkan sekali gambar-gambar mereka di sini, tetapi semua gambar dah hilang. Yang ada pun, dalam otak je. Hahahaha. Gambar kenangan. By the way, I'm not good in words and action too. I hope this post will give you a picture of my truly feeling. Kepada yang tak disebut, bukan niat di hati melupakan korang. Ingatan tentang korang tersemat di otak dan hati ini. Andai nyawa dipisah dari jasad ini, aku minta maaf atas tersalah kata aku, terlanjur perbuatan aku, semua itu mungkin berlaku tanpa aku sedari dan tak berniat melukakan hati korang. (Jangan fikir bukan-bukan. Mengingati kejadian yang satu ini adalah wajib. ) Caucincau semua.

No comments:

Post a Comment