My photo
Jom Clorox-kan Minda dan Jiwa.

Sunday, 28 April 2013

Some Tricks To Score In Exam.

Assalamualaikum, morning, afternoon, evening peeps.
How good was your day? Is it fun? Is it a sorrow day?
No matter how worse were your day, we should be thankful to Allah because we still alive.

Hari ini terasa macam nak kongsi pengalaman saya; cara saya belajar.
Saya bukanlah dalam golongan pelajar-pelajar pintar yang skor 4flat atau straight A's.
Saya cuma nak share macam mana nak naikkan semangat sendiri apabila ditimpa masalah di kala saat menghadapi peperiksaan merunsingkan kepala.

Tiada orang boleh menaikkan semangat kita kalau bukan kita sendiri yang memotivasikan diri sendriri.
Dalam perlumbaan, hanya ada pemenang dan orang yang kalah. Tiada yang sederhana, atau kita selalu cakap biasa-biasa je.
Kita hanya diingati dengan kecemerlangan atau kegagalan kita.
Jadi terpulanglah kepada diri masing-masing either you want to be remembered as a WINNER or LOSER?
You make a choice and that choice will make who you are.

Tiada orang yang berjaya tanpa berusaha dan tiada orang yang gagal tanpa sifat malas.
Tiada orang yang pandai atau tidak pandai.
Hanya ada orang yang berusaha dan orang yang malas.

Mungkin ada yang berfikir dan memberi alasan, budak yang sekolah Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
dan MRSM selalu menjadi pelajar cemerlang disebabkan cikgu mereka pandai.
Tidakkah anda sedar, semua guru adalah guru yang pandai jika tidak mereka tidak mampu menggalas tugas sebagai seorang guru.
Pelajar di SBP dan MRSM beruntung kerana mereka diajar memanfaatkan masa dan diajar memanfaatkan masa. selain itu, persaingan di sini lebih ketara. Pengaruh untuk terpesong daripada fokus belajar juga kurang. Itulah manfaat yang dinikmati oleh pelajar-pelajar SBP dan MRSM.

Tetapi siapa kata pelajar sekolah harian tidak mampu? Kita hanya memerlukan sedikit kerajinan dan usaha lagi untuk menggunakan masa kita. Siapa kata tidak boleh tengok TV semasa minggu exam? bagi saya itu mengarut. Sudahlah dengan tekanan exam, campur pulak tekanan tak dapat tengok TV? ohh!! Tidakkk!!!

Tidak kira subjek apa pun, yang pertama sekali niat belajar kita kena betul. Belajar kerana Allah, Fokus semasa guru mengajar dan sering buat latihan. CLICHE kan? tapi itulah hakikatnya. Kalau subjek yang perlukan pembacaan seperti Sejarah, bacalah sedikit nota mengenainya sebelum tidur. Manalah tahu, masa tengah tidur pun, mimpii tentang nota-nota itu. Dapat juga manfaatnya daripada bermimpi pasal pakwe ke, hantu ke. Haahahahaha.. Kalau subjek yang perlu mengira, buatlah di waktu pagi dan malam. At least 5 Soalan 1 Hari. Kalau subjek yang perlu dihafal konsepnya, sebaik-baiknya kaitkanlah konsep itu dengan kehidupan kita. Contohnya, saya sangat suka makan ayam. Jadi saya kaitkan mengenai ayam dalam subjek ekonomi. Kaedah ini sesuai untuk dikaitakan dengan konsep barang pengganti dan barang penggenap. Kereta juga senang untuk dijadikan bahan contoh untuk menerangkan konsep.

Sudah menjadi lumrah manusia, kita ni mudah lupa. Otak kita pula memang senang untuk mengingati benda yang kita dah set di kepala ni sebagai SUKA dan BENCI. Jadi gunakanlah segala yang kita ada walaupun untuk belajar. Lagi satu, siapa kata pelajar yang tidak pergi ke Tuisyen akan ketinggalan? Tak ada dalam mana-mana kitab/buku pun kata macam tu pun. Just increase your effort to create your bright future.

Jaga juga hubungan dengan Allah, hubungan dengan ibu bapa, hubungan dengan guru dan hubungan kawan-kawan. Jangan pernah set kan di kepala "Sejarah susah!", "Cikgu ini ajar bosan!" dan lain-lain yang negatif.
Semua fikiran itu akan menutup semangat kita sendiri.Cuba bayangkan anda dah set di kepala "Tak sukalah cikgu ni mengajar.". Bila cikgu itu masuk ke kelas, anda hilang fokus sebab tidak berminat hendak mendengar pengajaran oleh cikgu itu. Siapa yang rugi? Tengok cermin, jawab sendiri. Hehehehe.

 Fikirlah, bila kita berjaya, siapa yang akan gembira dahulu? Kita juga. Jika ada yang memuji kita, siapa yang gembira dahulu? Kita juga. Kegembiraan terletak di kepala kita, Usaha terletak di anggota badan kita, Tawakal terletak di hati kita dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jika setelah berusaha, masih juga tidak mencapai sasaran, mungkin Allah telah mengaturkan perjalanan hidup yang lebih indah untuk kita.
Sampai di sini sahaja saya mengarut. Hehehe. Caucincau semua.

*Kepada adik-adik yang dapat masuk ke Tingkatan Enam, janganlah berfikiran negatif. Ini bukannya bermaksud anda gagal. Anda masih ada peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Siapa kata tidak boleh dapat scholarship jika masuk Tingkatan Enam? Just score great result in your STPM, bright future is waiting for you. Bukannya mati pun masuk Tingkatan Enam. Kena pakai baju sekolah je pun. Ok apa. Nampak muda sentiasa. Jimat duit dan masa tak perlu fikir nak pakai lawa-lawa pergi sekolah. Hahahahaha.

No comments:

Post a Comment