My photo
Jom Clorox-kan Minda dan Jiwa.

Thursday, 26 September 2013

New Episode

Assalamualaikum, Morning, afternoon, evening peeps.
Dah bersawang blog ni saya tinggalkan.

Rasa macam nak story mory dengan korang semua tentang experience interview SPA dulu.

Saya dipanggil untuk menghadiri dua interview.
Interview pertama, saya tak menceritakan hal sebenar tentang sakit saya. Saya beri alasan tidak sambung belajar kerana menjaga ibu bapa.
Dan saya gagal dalam interview tersebut.

Kemudian saya dipanggil untuk interview kedua.
Saya menceritakan segala yang terjadi.
Kenapa mengapa bagaimana di mana bila. Semua diceritakan.

Alhamdulillah, Allah sentiasa bersama orang yang benar. Saya berjaya dalam interview kedua.

Yang penting kejujuran, berusaha, doa dan tawakal. InsyaAllah kita akan berjaya.

Seandainya perkara yang kita anggap terbaik itu tidak mampu untuk kita miliki, mungkin perkara tersebut akan memudaratkan diri kita sendiri dan Allah sentiasa mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-Nya.

And now!!
Saya dah mula bekerja.
Menguji kesabaran dan senyuman. Hahahahahahaha.
Saya seperti budak 2 tahun yang cuba  belajar benda baru daripada abang-abang dan kakak-kakak di situ.
Terima kasih sebab cuba bertoleransi dengan blurrrr saya yang agak kritikal.
Well dah memang kesan kemoterapi mcm ni, nak buat mcm mana kan. Hahahahahaha.

Now I have many caring brothers and sisters and cute Puan. Hahahaha.
Caucincau semua.

No comments:

Post a Comment