My photo
Jom Clorox-kan Minda dan Jiwa.

Sunday, 30 August 2015

Tips For Interview

Assalamualaikum, Morning, Afternoon, Evening peeps.

Apa cerita? For sure banyak cerita. Well, blog ni dah ditinggalkan setahun lebih. Yes, to be exact, it has been almost 2years.

Okayy, no rambling talk. Kali ni saja je nak share tips for an interview. Yes, i had went for multiple interviews especially for jobs and scholarship. Sebenarnya tak kisahlah interview apa pon yang korang pergi, checklist dia tetap sama.

1) A good resume -Simple but clear.
2) A good achievement - necessary if it stated in the requirement
3) A good attitude during the interview - please highlight this point!
4) A good response- mesti cepat bertindak balas dengan soalan yang diajukan
5) Know-how about the job - penting untuk jawatan yg memerlukan skill
6) Impression during the interview.

1- A good resume : Resume tu jangan terlalu meleret. Make it sweet, simple & filled of info. Bayangkan kita yg jadi interviewer, mesti bosan baca resume yg meleret. Tu baru satu. Yg diorang nak baca for sure more than hundred. Jadi, mudahkan mereka nescaya, Allah akan mudahkan urusan kita.

2. A good achievement : Belajar pandai-pandai, dapat result bagus, aktif dalam kegiatan luar. Tak berapa banyak benda nak cakap pasal point ni. Korang sendiri yg belajar, mesti korang pon tau. Tak tau jugak, meh aku clorox-kan kepala.

3. A good attitude during the interview : greeting kena ada. Jangan main terjah. Respect interviewer tu mcm orang atasan kita, friendly dengan dia ibarat dia kawan baik kita (supaya kita rasa tenang dan relax), anggap dia seperti dia tak tahu apa-apa ketika dia bertanyakan soalan kepada kita dan terangkan dengan jelas jawapan kita secara YAKIN walaupun salah.

4. A good response : Masa dia bertanya, jawab dengan confident! Senyum jangan lupaaaaaa!!!! Eye-contact kena jaga. Jangan bertekak dengan penemuduga. Berdebat secara aman boleh. Hahahaha. Isu semasa--> soalan killer. Sebab kita tak pasti macam mana soalan dia akan tanya. Tapi kita boleh predict soalan tu akan menjurus ke arah mana. Contohnya, kalau pergi interview untuk kerani kewangan, mesti dia akan tanya berkaitan kewangan. Jadi rajinkan diri untuk google berita pasal kewangan bermula dari setahun sebelum sehingga kini. Kalau untuk scholarship, try to be active during the conversation. Kalau dah memang masa interview tu nervous sangat dan kita memang tak berapa familiar dengan topik tu atau tahu sikit-sikit je, try to attract the centre of conversation. It means let yourself conduct the focus of question, not them. Let them decide the topic but you will lead the conversation. For example, by giving your opinion on that topic, you will led them to ask you a predictable question.

5. Know-how : yang ini kena buat research sikit pasal job description, company, boss and everything! Biasanya soalan paling basic dia akan tanya, ke mana hala tuju syarikat jika anda menjadi salah seorang pegawai di sini? Mengapa saya patut melantik awak? Apa kelemahan awak? (Okay. Yg ini jangan bagi kelemahan awak. Jangan lurus bendul bagi kelemahan awak. Dia cuma nak tengok macam mana awak handle soalan negatif menjadi positif! Try to answer with the positive one that will give them a point to hire you)

6) Impression during the interview- pakaian kena kemas dan cantik! Maksud cantik , sesuai dengan jawatan yg dipohon! No casual attire is allowed! Muka kena fresh. Pura-pura gembira, pura-pura cool. Be yourself and others. Be yourself means show your positive sides. While be others means you need to absorb all the potentials vibe from others and make it like yours.

Okay. Sekian sahaja. Hahaha. Penatlah taip! Nak tahu lebih lanjut boleh pm. Well, saya bukan pegawai. Saya hanyalah Saya Yang Menurut Perintah. Cuma terniat di hati untuk share tips. Harap dapat membantu.
Caucincau semua! Have a great day!
Semoga dapat capai life goals korang.