My photo
Jom Clorox-kan Minda dan Jiwa.

Sunday, 10 March 2013

Random Meeting- - - Random Entry!

Assalamualaikum semua. morning, afternoon, evening peeps!
Tiba-tiba rasa macam nak luahkan something dekat sini.
Punca tercetusnya entry kali ini :

Saya bertemu kawan lama. memang sangat lama. sembang punya sembang, soalan yang terkeluar dari mulut dia , "siapa pakwe kau sekarang?". Saya jawab "Sejak bila pulak aku berkapel?". dia balas, " La yeke? Aku ingatkan kau kapel sebab status kat FB tu emo semacam je..hahahaha". 

LET ME MAKE IT CLEAR.

Saya tak pernah bercinta sebelum ini dan juga sekarang. Masa akan datang kita tak tahu lagi.

"Ehh, dulu bukan kau dengan si polan polan?"

I won't called it as LOVE.
Mungkin sebab masa itu saya terlalu muda dan mudah terikut dengan keadaan sekeliling.
I will called it as a PUPPY LOVE (ala. cinta monyet la..)
Apa bezanya pulak?
Perbezaannya adalah LOVE is too preecious to waste it with someone who is not your soulmate.
While for PUPPY LOVE, you're ready lose him/her because you know that he/she was not your soulmate.


Really fond of this song. Lagu ni menunjukkan betapa berbezanya kita melayan orang yang disayangi dengan orang lain. BANMAL SONG. 

Bila saya fikirkan semula, masa sekarang bukanlah masa yang terbaik untuk berpasangan.
I have so many dreams that I afraid to lose. I have so many people that I afraid to lose.
Mungkin juga saya terikut dengan kata-kata mak saya.
Mungkin juga terlalu terpengaruh dengan novel.
'Kita tidak mengenali orang itu walaupun berpasangan selama 10 tahun. Tetapi dengan berkahwin selama 10 hari, kita akan mengenali lelaki itu lebih daripada bercinta 10 tahun.'

Semasa zaman muda-muda dulu (idoklah tua sangat..hahahaha), sangat menipulah kalau cakap tak pernah suka sesiapa. Tapi mungkin pengalaman dulu-dulu (bukan bercinta pon ) membuatkan saya semakin kurang percaya dengan perhubungan yang bernama BERCINTA. Kenapa perlu bercinta sebelum berkahwin? Mungkin fikiran saya ini terlalu kolot sehingga terlalu takut untuk bercinta sebelum kahwin (sekarang ini la).
Lagipun saya ada banyak benda lagi yang perlu difikirkan selain benda-yang-tak-berapa-nak-penting ni.
ok la. sambung cerita next time! caucincau semua!

p/s : random entry for something universal. seriously entry kali ini sangat merepek. Tak ada inti pati langsung. But this is life. something it is bright but sometimes it is blank with nothing in it.

Sunday, 17 February 2013

Selamat Tinggal, cita-cita!

Assalamualaikum semua.
Hari ini tak seperti hari biasa.
Saya kini bukan saya yang dulu.
Keadaan memaksa saya meninggalkan cita-cita saya.
Siapa yang tidak kecewa?
Sebelum ini, cita-cita menjadi kekuatan saya, tapi kini, cita-cita turut meninggalkan saya keseorangan.
Hati ni dah terlalu kecewa untuk cuba bangkit kembali.
KEKUATAN, KEYAKINAN DIRI, KEBERANIAN, KETABAHAN,
semua telah berada di tahap KOSONG!
Niat saya menulis ini bukan memohon simpati tapi pengertian.
Di kala melihat kawan-kawan meneruskan perjuangan dalam mengejar segulung ijazah, saya terkandas tanpa sebarang pilihan yang mampu saya ambil.
Hati ini ibarat diragut-ragut tapi masih tidak mampu meluahkan apa yang terbuku di hati.
Banyak hati terpaksa dijaga walaupun kita sedih, kerana mereka sentiasa bersama kita. Itulah KELUARGA.
Walaupun mereka melihat saya bersedih, tapi mereka cuba bertahan di sisi saya.
Sekarang ini, cita-cita bukan lagi keutamaanku.
SELAMAT TINGGAL, cita-cita.

p/s : Keputusan yang terlalu berat. Memang keputusan ini nampak macam keputusan yang paling BODOH, tapi ini adalah yang terbaik buat masa ini.

Wednesday, 19 December 2012

Tolong Berhenti Menghembus Asap Busuk!

Assalamualaikum, morning, afternoon, evening peeps!! Hari yang indah harus diteruskan keindahannya dengan mencantikkan lagi laluan kehidupan kita.

Hari ni tiba-tiba tergerak hati nak tulis pasal MEROKOK! yeah, I said SMOKING! DUNHILL, SEMPORNA, MARLBORO ! These brands sound familiar to you? ( Jenama rokok! Korang dah buat tauke syarikat ni kaya tahu tak?! Tapi korang dapat apa? Ehh, korang pun kaya! Kaya dengan penyakit.)






Tak perlu pun kita nak ajar atau cakap berkali-kali semua orang tahu MEROKOK itu memudaratkan kesihatan. My niece yang umur 4tahun pun tahu , takkanlah orang yang lebih tua daraipada dia ni tak tahu kan? Get the answer by yourself.

Saya selalu nampak dan baca status kawan-kawan Facebook dan Twitter tentang merokok. "Perempuan merokok nampak hodoh" , "Laki nampak lagi hensem kalau tak merokok" dan macam-macam lagi! (mesti korang semua pun pernah terbaca benda-benda ni kan? ) By the way, I don't think it is relevant to post status like that as it will annoyed that person. Kalau ingin menegur, ada caranya. Dengan menulis begitu, hanya akan mencabar ego seseorang. Lagipun, semakin kita menegah seseorang, semakin kuat nalurinya untuk memberontak (In other word, he will keep doing the same thing ).

Kawan-kawan kita yang merokok tu selalu mengatakan diorang menghisap rokok sebab tertekan dengan masalah yang dialami. Apabila mereka merokok, mereka merasakan seperti "terlepas satu beban". Kononnya mereka berasa tenang selepas merokok. Nak tahu kenapa? I will show you one-truly-fact-ever( fakta yang korang sendiri dah tahu!)

Antara bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok ( Thanks to Wikipedia!) :
Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang.
Tar, yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen.
Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano (sangat bahaya!)
Benzene, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna. Cadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif. (radioaktif! kanser? )
Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol.
Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.
Ammonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu.
Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat.
Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak (korang manusia, kenapa sanggup menghancurkan diri seperti ini? )
Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus ( what? racun tikus? yeah! that is the fact! )
Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta ( bayangkan korang sedut asap kereta yang busuk tu? sanggup?)

Semakin ramai remaja yang dah terjebak dengan sindrom-tak-sihat ni. Sama ada disebabkan terlalu mengikut pengaruh kawan atau mengikut jejak langkah ahli keluarga. Cuba bayangkan seorang bapa melarang dan memukul anaknya setelah mengetahui anaknya menghisap rokok. Tetapi dalam masa yang sama, bapanya ialah seorang PEROKOK yang tegar. Walaupun seseorang remaja itu boleh memikirkan baik buruk kegiatan merokok itu, tapi akan ada hasutan di hati mereka. "Ayah aku pun tahu kesan merokok tu. Tapi dia tetap merokok. Buat pe aku nak berhenti? Ayah aku pun cakap tak serupa bikin!)
Nampak kesannya? Janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. We can take small action by practicing healthy lifestyle - avoid smoking, doing an adventure activies but safe that can help you release tension!

Lagi satu saya nak mention, kalau berasa tertekan, janganlah mencari rokok. Solat dan berdialoglah dengan Allah. Islam tidak membenarkan kita mengambil bahan yang boleh memudaratkan badan kita (well, terang-terang tak perlu disuluh rokok menghancurkan badan kita!). Bukan niat untuk berlagak baik , tapi entry kali ni hanya melambangkan secebis naluri keprihatinan menganai tabiat merokok. kita sendiri kena sayangi diri kerana tak selamanya , orang di sekeliling akan tetap berada di sisi kita. Mereka mungkin tidak sanggup untuk menghadapi kesusahan bersama-sama ( sakit, bankrap, hutang). Jadi senangkanlah diri kita agar orang menyenangi kita ( bukan bermaksud kaya harta tetapi kaya budi bahasa, kaya dengan keperibadian yang baik, kaya dengan senyuman). Kita mungkin bukan insan yang sempurna tetapi kita boleh membaiki diri kita.

Salam dan caucincau. Maaf jika penggunaan kata yang boleh mengguriskan hati si pembaca.

p/s : Tidak pernah ada perkataan TERLEWAT untuk berubah selagi nyawa tidak berpisah dengan badan.

BEAUTY-LOVE-RELATIONSHIP!

Assalamualaikum, morning, afternoon, evening peeps!! Hari yang indah harus diteruskan keindahannya dengan mencantikkan lagi laluan kehidupan kita.

I have something to share with you guys! sejak kebelakangan ini, kita selalu dengar pasal KAHWIN MUDA. ok, i repeat again, KAHWIN MUDA! yeah, you heard me right? saya ada kawan-kawan yang kahwin muda and I think it's sweet like candy! hahahaha! I'm not joking!

By the way, KAHWIN MUDA ni bukanlah trend terkini. Well, our great-grandparents also have been experienced this. Zaman mak-ayah atuk-nenek kita dulu asalkan dah cukup umur (you know what I means) dah boleh kahwin. Kita selalu dengar makcik-makcik cakap "Kami dulu-dulu umur 15 tahun pun dah boleh kahwin"...Dulu nak kahwin senang,, tak sesusah sekarang. sekarang ni kena fikir pasal hantaran, belanja kenduri dan pinjaman bank. PINJAMAN BANK? Yes, I said PINJAMAN BANK!

Sekarang ni banyak pasangan yang nak berkahwin mesti buat pinjaman bank. Ya la, macam mana nak tanggung demands bajet perkahwinan sekarang. Kalau buat akad nikah dengan kenduri doa selamat yang hanya dihadiri saudara mara terdekat, mesti ada yang berbunyi lepas tu. Jadi, kita hanya perlu mengadakan walimatul urus mengikut bajet kita. Dahulukan perkara yang patut didahulukan.

But for me, I really don't think it will be a big problems if we have a great sense of saving money. Bukanlah bermaksud jadi kedekut nak gunakan duit tapi menabung/berjimat akan menguntungkan kita. Janganlah bila nak berkahwin, barulah nak menyimpan duit. Kalau macam tu, mesti akan menyusahkan diri dan orang sekeliling. At least we should be more responsible for our own future.

After a few seconds..(Alamak! macam dah lari topik! I want to write about EXTERNAL beauty vs INTERNAL BEAUTY! Let's go back to basic ! )

KECANTIKAN LUARAN. Muka cantik, mata sepet/bulat, hidung mancung, kulit putih licin, tinggi lampai, langsing, berbadan sasa (lelaki sahaja).. Inilah antara jawapan yang sudah dapat kita jangkakan daripada mulut-mulut sesiapa sahaja. Bagi saya, persepsi kita terhadap CANTIK itu terlalu terhad dan tidak berapa logik! Adakah seseorang yang bertubuh pendek, gempal, berkulit hitam patut digelar sebagai HODOH? Pastilah TIDAK! Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang telah dijadikan oleh Allah. Kita tidak berhak untuk mengatakan seseorang itu HODOH ( i really dislike this word!) Kita terlalu menitikberatkan soal luaran hingga terlupa betapa pentingnya hati budi seseorang. I can said that beauty will comes after a good interpersonal skills. Hormat orang tua, baik hati, berpegang teguh pada agama dan setia kepada agama, keluarga, negara dan diri sendiri. ( banyak lagi ciri-ciri kecantikan dalaman yang lain )

By the way, my mom selalu cakap "Kita hanya mengenali seseorang itu setelah mengahwininya." There is one more, "Kalau nak tahu dia tu orang macam mana, tengok cara dia layan orang sekeliling dia; terutamanya terhadap orang yang berpangkat lebih rendah dari dia." It makes sense. One day, love will fades away but loyalty and honesty will remain there. That will put your relationship in its own class! (This is my truly quote- datang dari hati! hahahahaha)

Cukuplah sampai di sini saya membebel! Saya rasa kawan-kawan pun tahu menilai perkara ni. I just like this topic that I think want to write about it. No offense, right? Jangan terasa hati ye kalau topik ini membuat anda terfikir sejenak dan ada terkena tempias sikit pasal topik ni ya. Tidak ada kena-mengena sama ada bagi yang hidup atau yang mati.

Salam dan caucincau semua . May you have a nice love story ever! :)

P/s : True love is too precious to be wasted with someone who is not the right man for you :)

Thursday, 1 November 2012

Terima kasih!

Terima kasih kpd kawan2 yg sudi melawat! :-) sangat terharu.


Thursday, 18 October 2012

terkapai kapai

Assalamualaikum, morning, afternoon, evening peeps..
terasa berat sangat tangan ini untuk menaip entry kali ini..
kenapa?
saya pon tak ada jawapannya..
cuma tetiba rasa sebak, runsing tak tahu nak buat apa..

sudah dekat 3minggu tak pergi kelas dan saya rasakan seperti ada rasa yang hilang..
semangat untuk belajar..entah kenapa rasa ini sangat perit sebab terpaksa bergelut dengan keadaan kesihatan saya sekarang ini..bila melihat sahabat lain dapat pergi ke kelas dengan gembira ( mungkin ada rasa malas tapi masih dapat pergi tanpa sebarang masalah), terdetik rasa cemburu..

pernah suatu ketika semua mengatakan saya tidak mampu untuk teruskan perjuangan, dan saya menidakkan walaupun dalam hati kuat berbelah bahagi...
namun kini, saya mula terfikir ada sebab mengapa PERTANYAAN begitu kerap muncul..
kerana mereka melihat keadaan saya..
kerana mereka mengambil berat..
kerana mereka prihatin..

kini, saya tak tahu macam mana ingin mencari kembali semangat itu.. ini bukan hanya alasan yang wujud untuk meraih simpati.. tapi ini adalah pergelutan yang saya alami kini (sesiapa yg senasib mungkin memahami)


p/s: saya pon tak nak menjadi seLEMAH ini.. tapi ada ketika kita terpaksa melupakan impian kerana keadaan semasa dan tiada seorang pon dapat memahaminya kecuali diri kita sendiri.

Friday, 12 October 2012

POLYARTERITIS NODOSA! Unfamiliar disease

 
Assalamualaikum, morning, afternoon, evening peeps! long time no see yeahhh!
sangat lama rasanya tak update blog (even baru 2 minggu..hahaha)
malas la nak tulis mukadimah yg tak ada kene mengena langsung dgn title hari ni.
jadi, mari kita berterus-terang (straight to the point la..hahahaha).
 
Saya telah dimasukkan ke wad 1B katil 3 di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh selama 8 hari.
sangat lama kan?
mesti ada yang terfikir "awat lama bebenor? operate ke?" hahahaha..
tak tak tak..ni la yg cheq nak habaq mai ni..hehehe..by the way, this was my first time admitted at this hospital and it was pretty cool to be there as i got a chance to meet new friends, new environment and new ubat-cuci-mata..hahaha!
 
kalau dah nak cerita, kena mulakan dari pangkal ceritanya kan? so, I'll bring you guys back to 4 years ago. are you ready? Getsetgo!
 
Tersebutlah kisah (ala-ala syair sikit..hehehe),semasa saya di tingkatan empat, saya mndpt tahu saya menghidap penyakit POLYARTERITIS NODOSA. sounds unfamiliar right? so I thought that this disease was not serious or at least the seriousness , did not need me to be hospitalized for a long time!! Unfortunately, tak semua yg kita harapkan berlaku.
Semasa saya di tingkatan empat, dekat 5 bulan saya tak pergi ke sekolah dan di tingkatan lima, dalam seminggu saya cuma hadir 1 atau 2 hari sahaja. (bunyi mcm pemalas kan?)
Lepas SPM, saya mendapat tawaran untuk sambung belajar di UIA. Tapi selepas sehari, saya terus dimasukkan ke wad. kemudian saya sambung belajar di Tingkatan 6. Sekarang saya sedang melanjutkn pelajaran dalam bidang undang-undang di UiTM Shah Alam.
 
Tetapi keadaan yg sama berlaku kembali. Penyakit saya telah menjadi aktif kembali. Saya terpaksa ditahan wad selama 8hari dan setelah keluar, masih tak sihat lagi. Pesakit yg menghidap penyakit ini akan mengambil masa yg lama untuk kembali sihat dan sesuatu yg perlu kita sedar, penyakit ini akan menyerang untuk satu jangka masa yg lama. Tidak semua doktor atau pengamal-pengamal ilmu perubatan yg faham secara terperinci mengenai penyakit ini kerana penyakit ini amat jarang ditemui dan tidak ada ubat cuma ada ubat (steroids) untuk melengahkan serangan penyakit ini.
 
Di sini, saya telah menyediakan sedikit bahan bacaan untuk kawan-kawan yg berminat untuk mengetahui serba sedikit mengenai penyakit ini.( sharing is caring, spread your love! ). This info has been taken from http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0002410/
 
Polyarteritis nodosa is a serious blood vessel disease in which small and medium-sized arteries become swollen and damaged.

Causes, incidence, and risk factors
Polyarteritis nodosa is a disease that affects arteries, the blood vessels that carry oxygen-rich blood to organs and tissues. The cause is unknown, but it occurs when certain immune cells attack the affected arteries.
More adults than children get this disease. The tissues that are fed by the affected arteries do not get the oxygen and nourishment they need, and become damaged.
People with active hepatitis B and C may develop this disease.

Symptoms
Symptoms are caused by damage to affected organs, often the skin, heart, kidneys, and nervous system.
Symptoms include:
•Abdominal pain
•Decreased appetite
•Fatigue
•Fever
•Joint aches
•Muscle aches
•Unintentional weight loss
•Weakness

If nerves are affected, you may have numbness, pain, burning, and weakness. Damage to the nervous system may cause strokes or seizures.

Signs and tests
No lab tests are available to diagnose polyarteritis nodosa. You will have a physical examination.
Lab tests that can help confirm the diagnosis include:
•Arteriogram
•Complete blood count (CBC)
•Erythrocyte sedimentation rate (ESR) or C-reactive protein (CRP)
•Tissue biopsy
 
Treatment
Treatment uses medications to suppress the immune system, including steroids such as prednisone. Often, similar medications, such as cyclophosphamide, are used.
For polyarteritis nodosa that is related to hepatitis, treatment may involve plasmapheresis and antiviral medicines.

Expectations (prognosis)
Current treatments with steroids and other drugs that suppress the immune system (such as cyclophosphamide) can improve symptoms and the chance of long-term survival.
Without treatment, the outlook is poor.

Complications
•Heart attack
•Intestinal necrosis and perforation
•Kidney failure
•Stroke
 
that's all for now. sekarang ni saya kena fikirkan mengenai pelajaran saya. jika saya berniat untuk teruskan, saya terpaksa menempuh dgn KUAT. jika tidak, saya pon tak tahu. hehehehe.. byebye peeps. CAUCINCAU!
p/s : my intention posting this entry is to share info about this disease, bukn utk mohon simpati. it's just BLOGging is a good medium to spread information like this. bukannya untuk gosip semata-mata. btw, lupa nak mention THANKS to all nurses yg sgt baik hati sentiasa siap sedia utk menolong pesakit yg sgt amat banyak kerenah! sedih jugak keluar wad ni, dah tak dapat tengok nurse FAZRUL yg sgt comel! (berani mati aku mention nama dia..well! dia tak tahu pun! really wish i have a chance to meet him again :)